Wednesday, June 2

berblog kerjaya masa kini

10:55 PM

 sumber - mymetro


Blog merupakan laporan umum bagi seseorang, perniagaan bahkan medan penyampai mesej.Dengan blog, satu-satu negara, digegarkan dengan gelombang politik era baru. Dengan blog juga, seseorang itu dapat mempertahankan dirinya.

Sebagai contoh, Anwar Ibrahim mempunyai blog. Apabila dikutuk, dijelaskannya di dalam blog penjelasan satu-satu tindakan beliau. Mahathir Mohammad, berblog. Berkongsikan pemikiran-pemikiran beliau, dikala, rakyat muda-mudi mula melupakannya.

Najib juga berblog. Dalam blog beliau, perancangan dan stratergi membangungkan negara diperjelaskan. Biar apa pun tujuan anda, politik atau tidak politik, agama atau bukan agama, perniagaan atau bukan perniagaan, blogging, merupakan satu wadah menyampaikan sesuatu.

Siapa kata blog Bahasa Melayu tidak boleh buat duit?
Tapi ramai yang mengaduh kerana tidak menjana pendapatan dengan blog yang mereka bela sejak sekian lama bila ditanya, "Dapat income ke menulis blog? lemah mereka menjawab "Blog saya Bahasa Melayu, manalah dapat duit".

Salah faham sebeginilah, yang mencorak blog kebanyakan orang, yang mana, ia menjadikan blog semakin lama semakin hambar Jika dahulu, hari-hari update, lama-lama sebulan sekali pun susah.

Sebenarnya, banyak cara untuk buat duit dengan blog; walaupun anda menulis blog Bahasa Melayu.
Salah satunya, dengan meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog anda. (lihat sidebar blog ini)

Anda boleh menjana pendapatan dengan meletakkan iklan Nuffnang pada blog, tapi, sebulan hanya dapat
RM1 ke RM50 sahaja. (kebanyakkannya) Jika anda hendak menjana RM100 ke RM1000 sebulan,
anda perlukan panduan yang boleh membantu anda sebagai contoh panduan dari raja kamil di http://www.akuseorangblogger.com
Pasif Income dari blog RM1200 sebulan tidak mustahil
Ianya memang tidak mustahil. malah, memang ada panduan di luar sana yang mendedahkannya tapi pastikan panduan itu sesuai untuk anda.. Anda berblog, kerana anda ingin kongsikan pendapat anda, pemikiran anda, apa yang anda nampak dan kerana kebebesan bersuara.

Dengan stratergi yang betul, anda berjaya memperoleh sejumlah pelawat yang konsiten. Daripada situ, anda mula memperoleh side income. Pendapatan sampingan RM20 ke RM50 sebulan. Mungkin melalui pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang atau Innity.

Tip mendapatkan idea untuk menulis dalam blog
Masalah kekurangan idea untuk menulis blog memang satu masalah yang biasa bagi hampir kesemua blogger terutamanya kepada blogger baru. Jika kita tiada idea untuk menulis, tiada lah entri baru. Kesannya ialah, traffik akan berkurangan apabila terlalu lama blog tiada entri-entri terkini.

Sebab tu, jika anda rajin membaca blog orang  lain anda akan mendapati entri-entri seperti; "sudah lama blog ni tak berupdate" "Dah bersawang blog ni" "Dah berhabuk..." dan sebagainya.

Salah satu cara kepada anda, untuk memastikan anda sentiasa tidak ketandusan idea.UPDATE Aktiviti Anda di dalam blog. Tidaklah semua entri, tapi, cukuplah dijadikan cerita atau entri terbaru pada blog anda.

Anda boleh kongsikan pengajaran yang anda dapat daripada aktiviti anda tadi. Contohnya, anda baru balik bercuti. Anda boleh cerita pengalaman percutian anda. Anda boleh kongsikan gambar-gambar, video
dan kalau boleh, cerita-cerita yang menarik.

Kuasa blog sememangnya amat luar biasa. Tiada siapa sangka, blog yang digunakan kebanyakan ramai untuk mencoret pahit manis kehidupan, boleh menjadi sumber kewangan.


p/s: Terima Kasih Raja Kamil "Panduan Buat Buat Duit Dengan Blog" anda mmg  hebat..




0 comments:

Post a Comment