Tuesday, February 12

Info - Punca Kakitangan Kontrak Sukar Diserap Ke Jawatan Tetap


PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain adalah antara punca kakitangan kontrak sukar diserap ke jawatan tetap.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jenis kontrak berbeza juga perlu dinilai oleh SPA kerana terdapat banyak skim berbeza dalam sektor perkhidmatan.

Beliau berkata, tidak semua kakitangan yang dilanjutkan kontraknya setiap tahun boleh diserap terus ke jawatan tetap kerana bergantung kepada jenis kontrak masing-masing .

''Soal hendak ke jawatan tetap atau tidak kita tengok jenis kontraknya, kontrak ini ada banyak jenis, ada gaji hari, ada tiga bulan sekali berbeza antara satu sama lain.

''Kita kena tengok dulu, tidak semudah itu (untuk lantik ke jawatan tetap) ada kontrak ikut musim projek. Kalau teras perkhidmatan pelantikannya ikut kepakaran maka tak ikut skim, kalau kontrak perkhidmatan kena ikut skim perkhidmatan," katanya selepas mengadakan sesi interaksi bersama pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di sini hari ini.

Mahmood menjelaskan, sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan kakitangan kontrak terbabit layak mengisi kekosongan itu, maka pelantikan ke jawatan tetap akan dibuat.

Menurutnya, faktor sikap seperti enggan berpindah ke lokasi baru dan enggan bertukar jabatan walaupun sudah berkhidmat antara 10 hingga 40 tahun turut menyumbang kepada kesukaran melantik kakitangan kontrak ke jawatan tetap.

Terdapat 17,200 kakitangan kontrak dalam Kemas berstatus kontrak di seluruh negara.

Pihak SPA juga meminta pegawai yang berkhidmat secara kontrak memohon jawatan bagi pelantikan tetap melalui laman web SPA dan tidak hanya bergantung kepada jawatan berstatus kontrak sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130209/dn_16/SPA-nilai-sebelum-serap-ke-jawatan-tetap#ixzz2KgBw83aN
© Utusan Melayu (M) Bhd

12 comments:

  1. masalahnya pergi interview pun x ambil juga..

    ReplyDelete
  2. bahalol punya SPA.. dipanggil interview pun tidak.. bukan kitorang hadap sangat nak terus diserap.. cuma bagi sedikit keutamaan bila ada kekosongan jawatan .. pekerja kontrak x dak memilih punya kerja sebab keperluan sangat nak kerja.. kalau betul apa yang dikata minta mahmood adam sumpah laknat kalau berani... phuiiii

    ReplyDelete
  3. Jawapan tk pakai otak 2..cmane nk undi klu tk pndai strategi. Ape salahnye ambik pekerja dh ade pengalaman. Sorg stahun pun jd la wahai SPAngguk.

    ReplyDelete
  4. menipu je.jawapan yang betul SPA gna data lama...bnda ni dpat dilihat dlam twaran keerja kpda SUK Perlis bru2 ni..Yang mna SPA mngguna kan data 5-7 taun lpas. Sebabnya beberapa orang pekerja yang dah tetap dan comfim kerja dalam SUK Perlis trut dipanggil menghadiri temuduga.MMg memalukan. sistem SPA x up to date. Daripada 600 orang dipangil temuduga seorang pon xdipangil kakitanagn kontrak atau sambilan dalam SUK Perlis tu sendri.Memang mematahkan smngat para pekerja kontrak dlm tu sndri.Sekian Terima Kasih. Sila cek apa yang saya cakap ini

    ReplyDelete
  5. PENIPU lah..jawapan tak masuk akal. mane pulak tak sanggup ditukarkan.

    ReplyDelete
  6. Temuduga SPA blik2 pn xda jg kna ambil....klu kta ni dok kt bandar xpa jg...ni brp ratus k/m...ada yg dh ec SPA ni bthun2 lngsung xda panggilan tmuduga

    ReplyDelete
  7. Alasn tak dipanggil temuduga .. tidak melepasi syarat suruhanjaya.. pooorah... PTD naik pangkat time based layak sangat ka... dapat kerja p kursus 6 bulan.. haram jadah weii.. gaji besaq training 6 bulan,, kemon la .. swasta guna On job training.. x dak wasting time camtu.. hasil kajian apa.. mana lu punya responden.. kajian atas meja boleh la.. ni bukan takat kencing .. dah tahap berak cirit dah..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. saya dah kerja kontrak, pelukis pelan dah nak 7 tahun, kerja saya lebih professional dari pekerja tetap, akhirnya isteri saya minta cerai sebab keja saya tak tetap, akhirnya saya jadi fobia tak boleh buat keja, sakit kepala tak berhenti-henti, terus berhenti keja, kesian anak saya yang masih kecil, umur saya dah 40 lebih, takde peluang dah nak mohon lain,...terimakasih SPA sebab rosakkan hidup saya, moga kita ramai-ramai membela rakyat asing dan memberi kat biru pada mereka untuk mendapat pekerjaan tetap di Malaysia 1 Malaysia ini...

    ReplyDelete
  10. ptd ni ikut sistem british dulu dulu. kalau di india depa panggil IAS. bila masuk kampung org sembah bagai tuhan. tak yah la ptd tu.... naikkan professional dalam bidang masing masing untuk mentadbir.

    ReplyDelete
  11. Saya lihat exam ptd byk kekurangan. Klau dibandingkan graduan lepasan sains sosial dengan graduan lepasan sains tulen sudah tentu graduan sains tulen menang. Kalau ikutkan iq test nemang jauh ketinggalan graduan sains sosial dengan sains tulen. Tp persoalannya adakah graduan sains tulen ini sebenarnya layak ddk di bahagian pengurusan dan pentadbiran. Misalnya graduan A adalah pelajar lepasan sains tulen (kejuteraan petroleum), apabila lulus temuduga spa utk jawatan ptd, dia diserapkan di bahagian khidmat pengurusan. Persoalan ny, apa signifikan kerajaan labur duet berpuluh ribu hantar org ni belajar sains tulen kalau nk ditempatkan di bahagian pentadbiran dan pengurusan. Ini semestinya menutup peluang graduan sains sosial yang berusaha tiga tahun utk belajar menguruskan manusia. Malaysia dianggarkan ad 20 universiti awam dan berpuluh lgi universti swasta. Satu universiti dianggar keluarkan 1000-2000 graduan. Persaingan amat sihat tp pemilihan calon ke jawatan tetap saya x dapat lihat keseimbangannya dalam konteks memberi peluang kepada graduan sederhana.

    ReplyDelete