Showing posts with label suruhanjaya perkhidmatan awam. Show all posts
Showing posts with label suruhanjaya perkhidmatan awam. Show all posts

Thursday, March 21

Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan sebaga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41. Bagi yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu untuk mendaftar kembali, namun pastikan permohonan anda masih lagi dalam tempoh sah laku.

Tarik tutup permohonan 28 Mac 2013
Contoh Soalan exam PTD

Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas)

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Gaji Minimun

RM2,252.80
RM2,361.29
RM2,474.51

Gaji Maksimum

RM5,556.62
RM5,877.24
RM6,209.12

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM225.00

Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan P1 : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan P1 : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan P1 : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Perhatian:
  • Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Deskripsi Tugas:
  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Sumber :  http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609

Monday, March 4

Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Mac 2013

Iklan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Mac 2013

Jawatan :-

1. Pembantu Veterianar
2. Pembantu Pendaftaran
3. Pegawai Penjara
4. Pembantu Perangkaan
5. Pembantu Penilaian
6. Pegawai imigresen
7. Pembantu Syariah
8. Juruteknik komputer

Tarikh tutup 17 mac 2013

Maklumat lanjut >> http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklanSPAMac.pdf

Permohonan adalah melalui http://www.spa.gov.my/Portal/

Tuesday, February 12

Info - Punca Kakitangan Kontrak Sukar Diserap Ke Jawatan Tetap


PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain adalah antara punca kakitangan kontrak sukar diserap ke jawatan tetap.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jenis kontrak berbeza juga perlu dinilai oleh SPA kerana terdapat banyak skim berbeza dalam sektor perkhidmatan.

Beliau berkata, tidak semua kakitangan yang dilanjutkan kontraknya setiap tahun boleh diserap terus ke jawatan tetap kerana bergantung kepada jenis kontrak masing-masing .

''Soal hendak ke jawatan tetap atau tidak kita tengok jenis kontraknya, kontrak ini ada banyak jenis, ada gaji hari, ada tiga bulan sekali berbeza antara satu sama lain.

''Kita kena tengok dulu, tidak semudah itu (untuk lantik ke jawatan tetap) ada kontrak ikut musim projek. Kalau teras perkhidmatan pelantikannya ikut kepakaran maka tak ikut skim, kalau kontrak perkhidmatan kena ikut skim perkhidmatan," katanya selepas mengadakan sesi interaksi bersama pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di sini hari ini.

Mahmood menjelaskan, sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan kakitangan kontrak terbabit layak mengisi kekosongan itu, maka pelantikan ke jawatan tetap akan dibuat.

Menurutnya, faktor sikap seperti enggan berpindah ke lokasi baru dan enggan bertukar jabatan walaupun sudah berkhidmat antara 10 hingga 40 tahun turut menyumbang kepada kesukaran melantik kakitangan kontrak ke jawatan tetap.

Terdapat 17,200 kakitangan kontrak dalam Kemas berstatus kontrak di seluruh negara.

Pihak SPA juga meminta pegawai yang berkhidmat secara kontrak memohon jawatan bagi pelantikan tetap melalui laman web SPA dan tidak hanya bergantung kepada jawatan berstatus kontrak sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130209/dn_16/SPA-nilai-sebelum-serap-ke-jawatan-tetap#ixzz2KgBw83aN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, October 21

Jawatan Kosong SPA November 2012


PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong
peringkat SPM (Gred 17) oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah
mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun
demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk
permohonan baru adalah sebelum atau pada 4 November 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.

1. Pembantu Perpustakaan Gred S17 (Jabatan Perpustakaan Negara) - 17 Kekosongan
2. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Jabatan Pertahanan Awam) - 51 Kekosongan
3. Pembantu Makmal Gred C17 (Jabatan Kimia Malaysia - 25 Kekosongan


Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas

* Bagi jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17, calon disyaratkan melepasi Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera seperti dipaparkan di

http://www.spa.gov.my/Portal/PemeriksaanFizikaldanPancaindera/SyaratUmum

Iklan jawatan klik sini

permohonan sila ke http://www.spa.gov.my/Portal/

Friday, October 19

Latihan Separa Perubatan Gred U29 : Tips & Panduan Peperiksaan & Temuduga


Salam 1 Malaysia buat pengunjung blog. Salah satu bidang kerjaya di sektor awam yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma. Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan pelatih program ini dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Bagi yang berminat boleh merujuk laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di www.spa.gov.my.

Calon yang layak akan dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga sebagai peringkat saringan memilih calon pelatih Latihan Separa Perubatan Gred U29. Calon yang terpilih akan menjalani latihan di kolej kejururawatan selama 3 tahun. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Terdapat pelbagai pilihan program yang ditawarkan di bawah Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Adakah anda salah seorang calon yang dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan atau anda berminat mengikuti program Latihan Separa Perubatan? Entri ini akan menerangkan secara ringkas tentang Latihan Separa Perubatan dan aspek-aspek penting yang berkaitan. Bagi warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun dan melepasi syarat yang ditetapkan, anda berpeluang menempatkan diri anda sebagai pelatih Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29. Anda juga bakal mendapat pelbagai elaun & kemudahan sepanjang tempoh latihan serta berpeluang menempatkan diri sebagai penjawat awam. Untuk mendapat jawatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, anda perlu bermula dengan Latihan Separa Perubatan. Untuk bermula dengan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29 pula, anda perlu lulus seisi peperiksaan dan temuduga – iaitu peringkat saringan pemilihan pelatih Separa Perubatan.

Untuk lulus peringkat saringan pemilihan tersebut, anda akan melalui peperiksaan psikometrik yang meliputi 2 seksyen iaitu Seksyen A Sahsiah Diri dan Seksyen B Minat. Anda perlu menjawab sejumlah soalan bagi penilaian sahsiah diri dan minat yang ada pada diri anda. Berikut adalah pecahan soalan untuk setiap seksyen bagi peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

Seksyen A – Sahsiah Diri
Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 139

Anda perlu menjawab sebanyak 139 soalan dalam masa 40 minit. Seksyen ini bertujuan menilai sahsiah diri dan personaliti anda dalam proses pengambilan pelatih Separa Perubatan. Ia dibangunkan untuk menilai beberapa gagasan personaliti untuk jawatan Separa Perubatan.

Seksyen B – Minat
Masa : 20 minit
Jumlah Soalan : 227

Untuk seksyen ini terdapat 2 pilihan jawapan. Anda perlu menjawab bersesuaian dengan minat.

Peringkat seterusnya pula ialah temuduga secara individu oleh panel dari pihak SPA dan wakil Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif seisi temuduga ini ialah :

√ Menilai tahap kemampuan akademik & kemahiran yang dimiliki calon.
√ Menilai tahap pengetahuan dan kemahiran calon dalam bidang Separa Perubatan yang dipilih.
√ Menguji kemahiran komunikasi dan interaksi calon.
√ Menilai ciri-ciri kendiri, personaliti dan sahsiah calon.
√ Menguji tahap kemahiran berfikir dan kemahiran yang berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan.
√ Menilai kemampuan calon untuk menyampaikan idea / pendapat secara rasional, jelas, tepat dan padat.
√ Menilai kesesuaian kelayakan dan kemampuan yang dimiliki oleh calon dengan bidang yang dipilih.


Anda perlu melakukan persediaan rapi jika benar-benar ingin mengikuti program Latihan Separa Perubatan Gred U29 dan merebut peluang menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanpa persediaan rapi anda tak mampu ‘menyaingi’ calon-calon lain dan kemungkinan untuk anda gagal adalah tinggi. Majoriti calon yang gagal adalah kerana tiada rujukan lengkap dan efektif menerangkan secara khusus tentang format peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan.

Sekiranya anda ingin membuat persediaan agar lulus dan berjaya dalam peringkat saringan Latihan Separa Perubatan, anda disyor mendapatkan Pakej Rujukan Latihan Separa Perubatan. Ianya satu-satunya rujukan spesifik untuk anda dalam merancang persediaan menghadiri peperiksaan & temuduga Latihan Separa Perubatan. Calon bakal melalui peperiksaan ujian Sahsiah Diri & Minat dan seisi temuduga. Peperiksaan dan temuduga ini bagi memastikan calon benar-benar layak mengikuti Latihan Separa Perubatan. Hanya calon yang menunjukkan prestasi tinggi dan cemerlang sahaja mampu lulus dengan jayanya.

Pakej Rujukan Latihan Separa Perubatan menyediakan pelbagai informasi dan tips yang dapat membantu anda melengkapkan diri untuk melangkah yakin menjalani seisi peperiksaan dan temuduga. Apa yang terkandung di dalam pakej tersebut hasil dari pengetahuan dan pengalaman beberapa pelatih Separa Perubatan, jururawat Gred U29 dan pesara jururawat.

Pakej yang ditawarkan ini boleh membantu melengkapkan diri serta meningkatkan prestasi diri anda untuk mencapai impian memasuki program Latihan Separa Perubatan Gred U29. Kandungan pakej ini juga meliputi semua bahagian yang bakal dilalui oleh calon. Set lengkap contoh soalan Seksyen A : Sahsiah Diri dan Seksyen B ; Minat disediakan bagi membantu calon dalam melakukan persediaan dan melangkah yakin menghadiri peringkat saringan pemilihan pelatih Separa Perubatan.

Anda juga akan didedahkan 'teknik sulit' untuk LULUS dengan cemerlang peperiksaan khas Separa Perubatan. Exam bertulis ini telah banyak ‘mengorbankan’ calon yang menghadirinya. Ramai calon sebelum ini gagal kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan penilaian sahsiah diri & minat. Pakej ini juga turut menyediakan tips / teknik khas untuk calon melepasi tahap LULUS untuk kedua-dua seksyen tersebut.

Manakala pakej GOLD yang ditawarkan turut mengandungi 50 contoh soalan & skema jawapan untuk seisi temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29. Ianya boleh dijadikan rujukan untuk anda dalam persediaan menghadiri temuduga. Tampilkan prestasi diri yang optimum dihadapan panel penemuduga untuk memilih anda sebagai pelatih Separa Perubatan.

Lengkapkan diri anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan dan bilik temuduga dengan yakin. Elakkan diri anda dari tergolong dalam salah satu dari 3 sebab yang menjadi ‘pendorong’ kegagalan iaitu hanya berserah pada nasib, tidak berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan dan tiada ilmu / rujukan yang sesuai sebagai persediaan.

Majoriti calon gagal adalah berdasarkan 3 sebab tersebut. Situasi ini menunjukkan anda memerlukan pakej rujukan ini sebagai persediaan efektif menghadiri seisi peperiksaan Latihan Separa Perubatan.

Sunday, September 23

95 Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam dibuka Untuk permohonan

95 Jawatan Dalam Perkhidmatan dibuka Untuk permohonan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Pegawai Penyelidik
2. Pegawai Sains
3. Pembantu Perhubungan Perusahaan
4. Pembantu Hal Ehwal Islam
5. Pembantu Penilaian
6. Pengajar Membalak

permohonan boleh dibuat di http://www.spa.gov.my/Portal/

tarikh tutup permohonan 7 oktober 2012

Maklumat lanjut iklan klik sini

Thursday, September 13

Calon Lulus Exam PAC SPA Dipanggil Temuduga Semula

PUTRAJAYA: Kira-kira 46,921 calon yang lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam dan program pusat penilaian (PAC) tetapi belum berjaya dilantik,masih berpeluang mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata daripada jumlah itu 40,424 ialah calon yang lulus peperiksaan dan selebihnya 6,501 calon lulus PAC.

"Calon-calon itu akan dipanggil semula untuk ditemu duga tanpa perlu menduduki peperiksaan atau PAC semula sekiranya terdapat kekosongan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa khas mengkaji penyertaan kaum Cina dalam perkhidmatan awam di sini, Rabu.

Mahmood berkata peluang itu hanya layak kepada mereka yang lulus peperiksaan dan PAC dari tahun 2008 hingga 2012 sahaja.

Sementara itu, Mahmood berkata dua kumpulan terdiri daripada pegawai SPA akan dihantar ke China dan India untuk mendapatkan maklumat mengenai pelantikan penjawat awam di negara berkenaan. Beliau berkata ia bagi membolehkan SPA mencari kaedah lain bagaimana menarik minat lebih ramai kaum Cina dan India menyertai perkhidmatan awam.

Mengikut statistik untuk Julai dan Ogos 2012 berlaku peningkatan dalam permohonan daripada kaum Cina berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Pada Julai sebanyak 3,543 (2012) dan 1,447 (2011) manakala pada Ogos 2,930(2012) dan 1,282 (2011); kaum India pula bulan Julai sebanyak 6,638(2012) dan2,277 (2011),untuk Ogos sebanyak 4,830 (2012) dan 2,472 (2011).

- BERNAMA

Monday, August 27

Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Ogos 2012


Pengumuman baru SPA :
Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam
80 jawatan dibuka untuk permohonan
tarikh tutup : 29 ogos 2012

Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam September 2012

sumber iklan jawatan : http://www.spa.gov.my/Portal/

Wednesday, August 1

Rujukan Lengkap Exam Akauntan W41 Beserta Contoh Soalan


Khas untuk akan duduki Exam Akauntan w41 pada 4 OGOS, anda bernasib baik kerana ada rujukan khas beserta contoh soalan untuk jawatan Akauntan W41. Jika berminat anda boleh terus dapatkan malkumat lanjut mengelai rujukan ini. sila ke >> http://www.peperiksaanakauntan.com

jika belum pasti samaada anda terpilih sebagai calon exam, anda boleh buat semakan di
>> http://spa.gov.my

=================================
Last DAY !! Kurang 17 jam lagi sebelum julan DITUTUP!
Terus ke http://www.peperiksaanakauntan.com
=================================

Ya kurang 17 jam lagi sebelum jualan  ditutup. Ratusan calon sudah  mendahului anda memiliki pakej
rujukan ini untuk peperiksaan 4 Ogos ini Anda mahu biarkan mereka mempunyai  peluang yang lebih cerah berbanding  anda?

Bayangkan..

[INDIVIDU 1]
Calon dipanggil ke peperiksaan  4 Ogos nanti dan sedang kalut melakukan persediaan sekarang. Tetapi tak tahu  apa yang harus dia buat persediaan. Buat  persediaan RAMBANG..

>>> Serabut!

[INDIVIDU 2]
Calon dipanggil ke peperiksaan  4 Ogos nanti, membuat pembelian pakej  rujukan Akauntan. Sedang membuat persediaan  dan menjawab soalan-soalan contoh.  Tahu format, tahu bentuk soalan.

>>> Tenang!

[INDIVIDU 3]
Calon dipanggil ke peperiksaan  4 Ogos nanti tetapi berasa peperiksaan  ini mudah. Tak perlu buat persediaan. Hakikatnya  dia TERLUPA yang dia kena bersaing  dengan ribuan calon dari seluruh Malaysia!

>>> Kasihan!

[INDIVIDU 4]
Calon dipanggil ke peperiksaan  4 Ogos nanti dan BERCADANG nak beli pakej rujukan Akauntan pada hari Khamis  2 Ogos. Dia tak tahu yang jualan diTUTUP pada 1 Ogos dan pada 2 Ogos tersebut  dia gagal membeli kerana pembelian sudah tidak diterima!

>>> ......T_T

Mana satu pilihan anda? Serabut? Tenang?  Kasihan atau 'T_T'

Jika anda pilih untuk tenang seperti individu 2, jawapan anda di sini;
[+] http://www.peperiksaanakauntan.com


Jangan jadi seperti individu 2 kerana pada  masa itu keinginan anda adalah sia-sia  kerana jualan akan ditutup pada 1 OGOS Buat pembelian SEKARANG di;

[+] http://www.peperiksaanakauntan.com



Maklumat Jawatan Akauntan w41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara

Jadual Gaji:
Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
P2
P3
RM1,924.18
RM2,032.67
RM2,145.88
RM5,523.51
RM5,839.53
RM6,163.59
RM225.00

Syarat Lantikan:

a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan P1 : RM2,650.63 ]

b) Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [ Gaji Permulaan P1 : RM2,650.63 ]

c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan.[ Gaji Permulaan P1 : RM2,754.41 ]

d) Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia. [ Gaji Permulaan P1 : RM2,858.19 ]

e) lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

sumber http://www.spa.gov.mу

Sunday, July 22

15 pilihan jawatan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i

Pengumuman terbaru dari SPA

Calon kini dibenarkan memohon sehingga 15 pilihan jawatan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i bagi semua peringkat kelayakan sama ada SPM, Diploma atau Ijazah. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan calon memohon seberapa banyak jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing serta calon akan mempunyai banyak peluang untuk dilantik ke jawatan yang bersesuaian.

sumber : http://www.spa.gov.my/Portal/

265 Jawatan Dalam Perkihdmatan Awam Dibuka Untuk Permohonan

265 Jawatan Dalam Perkhidmatan Dibuka Untuk Permohonan

1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)
2. Pegawai Kebudayaan Gred 41 (6 kekosongan)
3. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)
4. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)
5. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)


tarikh tutup permohonan 5 0g0s 2012
untuk memohon sila ke : http://www.spa.gov.my

Wednesday, May 9

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Dalam bulan Mei ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat Ijazah/Diploma/SPM yang dilaporkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

1. Jurutera (Awam) Gred J41
2. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
3. Pegawai Penerangan Gred S41
4. Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
5. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27
6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA 29 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
8. Pembantu Perikanan Gred G17
9. Pembantu Keselamatan Gred KP17
10. Pembantu Pemuliharaan Gred S17

maklumat lanjut sila kllik

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mei 2012

Tuesday, May 1

Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SPA seperti berikut:

- Pemohon atau ibu/bapa pemohon hendaklah terdiri di kalangan anak-anak Negeri Selangor/Negeri Sembilan/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Wilayah Persekutuan Putrajaya ATAU
- Aktif dalam aktiviti sukan/kebudayaan di peringkat negeri/kebangsaan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)

Tarikh tutup permohonan: 11 Mei 2012 (Jumaat)


maklumat lanjut sila klik sini