Showing posts with label spa. Show all posts
Showing posts with label spa. Show all posts

Thursday, April 4

Info - Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam 2013

7:47 AM

BIL.
NAMA PEPERIKSAAN
TARIKH PEPERIKSAAN
BULAN
HARI
1.
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
19.01.2013 - 22.01.2013
Januari
Sabtu - Selasa
2.
Leftenan Maritim Gred X17
08.02.2013 - 09.02.2013
Februari
Sabtu – Ahad
3.
Pereka Gred B27
06.03.2013
Mac
Rabu
4.
Penguasa Penjara Gred KX41
23.03.2013 - 24.03.2013
Mac
Sabtu - Ahad
5.
Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
23.03.2013 - 24.03.2013
Mac
Sabtu - Ahad
6.
Pegawai Penjara Gred KX17
30.03.2013 - 31.03.2013
dan
01.04.2013 - 05.04.2013
Mac - April
Sabtu - Ahad dan Isnin - Jumaat
7.
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27
30.03.2013
Mac
Sabtu
8.
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
13.04.2013
April
Sabtu
9.
Pegawai Penguatkuasa Gred N41
13.04.2013 - 14.04.2013
April
Sabtu - Ahad
10.
Separa Perubatan Gred U29
15.04.2013 - 30.04.2013
dan
01.05.2013 - 03.05.2013
April - Mei
Isnin - Jumaat
11.
Pembantu Penguatkuasa Gred N17
20.05.2013 - 24.05.2013
Mei
Isnin - Jumaat
12.
Penolong Perangkawan Gred E27
04.06.2013
Jun
Sabtu
13.
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
15.06.2013
Jun
Sabtu
14.
Artis Budaya Gred B17
24.06.2013 - 28.06.2013
Jun
Isnin – Jumaat
15.
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
29.06.2013 - 30.06.2013
Jun
Sabtu - Ahad
16.
Pegawai Kebudayaan Gred B41 [ 
01.07.2013 - 05.07.2013
Julai
Isnin - Jumaat
17.
Pegawai Imigresen Gred KP17
26.08.2013 - 30.08.2013
Ogos
Isnin - Jumaat
18.
Ahli Fotografi Gred B17
07.09.2013
September
Sabtu
19.
Pereka Gred B17
21.09.2013
September
Sabtu
20.
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
05.10.2013 - 06.10.2013
Oktober
Sabtu - Ahad
21.
Pegawai Pertanian Gred G41
12.10.2013
Oktober
Sabtu
22.
Penolong Pegawai Pertanian Gred G27
02.11.2013
November
Sabtu
23.
Separa Perubatan Gred U29
19.10.2013 - 31.10.2013
dan
01.11.2013
Oktober - November
Sabtu - Jumaat

Sumber http://www.spa.gov.my

Wednesday, March 20

Info - 60 ribu kekosongan jawatan perkhidmatan awam

6:44 PM
KLUANG 20 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 60,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, selain perjawatan baharu, hampir 40,000 kekosongan jawatan dijangka berlaku berikutan kakitangan yang berpencen kerana tidak berkhidmat sehingga berusia 60 tahun.

"Tahun lalu, SPA berjaya mengisi kekosongan perjawatan sebanyak 50,000 dan tahun ini, saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 orang kerana terdapat ramai kakitangan awam yang tidak mengambil opsyen berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

"Bagaimanapun masyarakat perlu tahu bahawa SPA hanya mempunyai tanggungjawab untuk mengisi sebanyak 70 peratus kekosongan jawatan kerana bagi agensi kerajaan berkanun, Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri seperti di Johor, mereka mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan pada Karnival Kerjaya SPA di Sekolah Menengah Sains Sembrong di sini hari ini.

Sementara itu, SPA turut menggalakkan lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian untuk menduduki ujian bagi mengisi jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang akan diadakan 13 April ini.

Mahmood berkata, sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut dengan mereka yang berminat perlu berdaftar secara talian di laman http://www.spa.gov.my.

"Pemohon yang pernah gagal juga diminta untuk mencuba semula kerana peluang masih terbuka kepada mereka," katanya.

Mengulas sesi interaksi tersebut, beliau memberitahu, program itu merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lalu yang bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya. - UTUSAN

Update:

PUTRAJAYA 3 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 80,442 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan sesi pertemuan SPA dengan suruhanjaya perkhidmatan negeri, polis, kehakiman, dan guru pada minggu lepas.

Katanya, melalui pertemuan itu terdapat pertambahan kekosongan pelbagai jawatan sama ada secara lantikan tetap dan kontrak yang perlu diisi di pelbagai peringkat jabatan.

"Sebelum ini kita ada umumkan terdapat 60,000 jawatan kosong perlu diisi dan selepas pertemuan dijalankan jumlahnya mengalami pertambahan.

"Mungkin juga akan bertambah lagi selepas pertemuan hari ini. Kita mahukan maklumat lanjut dalam masa seminggu ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Mesyuarat Tahunan SPA dengan kementerian, jabatan pentadbiran negeri di bawah kuasa suruhanjaya itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN

Tuesday, February 12

Info - Punca Kakitangan Kontrak Sukar Diserap Ke Jawatan Tetap


PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain adalah antara punca kakitangan kontrak sukar diserap ke jawatan tetap.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jenis kontrak berbeza juga perlu dinilai oleh SPA kerana terdapat banyak skim berbeza dalam sektor perkhidmatan.

Beliau berkata, tidak semua kakitangan yang dilanjutkan kontraknya setiap tahun boleh diserap terus ke jawatan tetap kerana bergantung kepada jenis kontrak masing-masing .

''Soal hendak ke jawatan tetap atau tidak kita tengok jenis kontraknya, kontrak ini ada banyak jenis, ada gaji hari, ada tiga bulan sekali berbeza antara satu sama lain.

''Kita kena tengok dulu, tidak semudah itu (untuk lantik ke jawatan tetap) ada kontrak ikut musim projek. Kalau teras perkhidmatan pelantikannya ikut kepakaran maka tak ikut skim, kalau kontrak perkhidmatan kena ikut skim perkhidmatan," katanya selepas mengadakan sesi interaksi bersama pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di sini hari ini.

Mahmood menjelaskan, sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan kakitangan kontrak terbabit layak mengisi kekosongan itu, maka pelantikan ke jawatan tetap akan dibuat.

Menurutnya, faktor sikap seperti enggan berpindah ke lokasi baru dan enggan bertukar jabatan walaupun sudah berkhidmat antara 10 hingga 40 tahun turut menyumbang kepada kesukaran melantik kakitangan kontrak ke jawatan tetap.

Terdapat 17,200 kakitangan kontrak dalam Kemas berstatus kontrak di seluruh negara.

Pihak SPA juga meminta pegawai yang berkhidmat secara kontrak memohon jawatan bagi pelantikan tetap melalui laman web SPA dan tidak hanya bergantung kepada jawatan berstatus kontrak sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130209/dn_16/SPA-nilai-sebelum-serap-ke-jawatan-tetap#ixzz2KgBw83aN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, September 23

95 Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam dibuka Untuk permohonan

95 Jawatan Dalam Perkhidmatan dibuka Untuk permohonan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Pegawai Penyelidik
2. Pegawai Sains
3. Pembantu Perhubungan Perusahaan
4. Pembantu Hal Ehwal Islam
5. Pembantu Penilaian
6. Pengajar Membalak

permohonan boleh dibuat di http://www.spa.gov.my/Portal/

tarikh tutup permohonan 7 oktober 2012

Maklumat lanjut iklan klik sini

Monday, August 27

Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Ogos 2012


Pengumuman baru SPA :
Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam
80 jawatan dibuka untuk permohonan
tarikh tutup : 29 ogos 2012

Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam September 2012

sumber iklan jawatan : http://www.spa.gov.my/Portal/

Sunday, August 26

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kelantan

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
2. PENOLONG PEGAWAI TANAH
3. RENJER HUTAN
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT
5. PELUKIS PELAN
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
7. PENGAWAS HUTAN

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, taraf jawatan dan lain-lain lagi, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan : www.spn.kelantan.gov.my

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.

Sebelum atau pada : 09 SEPTEMBER 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Wednesday, May 9

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Dalam bulan Mei ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat Ijazah/Diploma/SPM yang dilaporkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

1. Jurutera (Awam) Gred J41
2. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
3. Pegawai Penerangan Gred S41
4. Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
5. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27
6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA 29 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
8. Pembantu Perikanan Gred G17
9. Pembantu Keselamatan Gred KP17
10. Pembantu Pemuliharaan Gred S17

maklumat lanjut sila kllik

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mei 2012

Tuesday, November 1

Pembekuan Pengambilan Baru ke Dalam Perkhidmatan Awam

Kerajaan dalam usaha melaksanakan Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuatkuasa mulai Januari 2012. Sehubungan itu, surat tawaran kepada semua calon yang telah berjaya dalam temu duga bagi semua jawatan akan dikeluarkan setelah SBPA dilaksanakan pada Januari 2012.


SUMBER : SPA