Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Thursday, April 4

Info - Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam 2013

7:47 AM

BIL.
NAMA PEPERIKSAAN
TARIKH PEPERIKSAAN
BULAN
HARI
1.
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
19.01.2013 - 22.01.2013
Januari
Sabtu - Selasa
2.
Leftenan Maritim Gred X17
08.02.2013 - 09.02.2013
Februari
Sabtu – Ahad
3.
Pereka Gred B27
06.03.2013
Mac
Rabu
4.
Penguasa Penjara Gred KX41
23.03.2013 - 24.03.2013
Mac
Sabtu - Ahad
5.
Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
23.03.2013 - 24.03.2013
Mac
Sabtu - Ahad
6.
Pegawai Penjara Gred KX17
30.03.2013 - 31.03.2013
dan
01.04.2013 - 05.04.2013
Mac - April
Sabtu - Ahad dan Isnin - Jumaat
7.
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27
30.03.2013
Mac
Sabtu
8.
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
13.04.2013
April
Sabtu
9.
Pegawai Penguatkuasa Gred N41
13.04.2013 - 14.04.2013
April
Sabtu - Ahad
10.
Separa Perubatan Gred U29
15.04.2013 - 30.04.2013
dan
01.05.2013 - 03.05.2013
April - Mei
Isnin - Jumaat
11.
Pembantu Penguatkuasa Gred N17
20.05.2013 - 24.05.2013
Mei
Isnin - Jumaat
12.
Penolong Perangkawan Gred E27
04.06.2013
Jun
Sabtu
13.
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
15.06.2013
Jun
Sabtu
14.
Artis Budaya Gred B17
24.06.2013 - 28.06.2013
Jun
Isnin – Jumaat
15.
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
29.06.2013 - 30.06.2013
Jun
Sabtu - Ahad
16.
Pegawai Kebudayaan Gred B41 [ 
01.07.2013 - 05.07.2013
Julai
Isnin - Jumaat
17.
Pegawai Imigresen Gred KP17
26.08.2013 - 30.08.2013
Ogos
Isnin - Jumaat
18.
Ahli Fotografi Gred B17
07.09.2013
September
Sabtu
19.
Pereka Gred B17
21.09.2013
September
Sabtu
20.
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
05.10.2013 - 06.10.2013
Oktober
Sabtu - Ahad
21.
Pegawai Pertanian Gred G41
12.10.2013
Oktober
Sabtu
22.
Penolong Pegawai Pertanian Gred G27
02.11.2013
November
Sabtu
23.
Separa Perubatan Gred U29
19.10.2013 - 31.10.2013
dan
01.11.2013
Oktober - November
Sabtu - Jumaat

Sumber http://www.spa.gov.my

Wednesday, April 3

Jawatan Kosong Perzim April 2013


Peluang kerjaya bagi warga Negeri Melaka yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Muzium Melaka

1. Kurator S41
2. Pembantu Muzium S17
3. Pembantu Am Pejabat N1 (PENGAWAS MUZIUM)

Sila layari laman web PERZIM: www.perzim.gov.my untuk mendapatkan Borang Perjawatan dan maklumat jawatan yang dipohon. Tarikh akhir borang boleh dicetak pada 10 April 2013 dan tarikh tutup permohonan pada 12 April 2013.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGURUS BESAR
PERBADANAN MUZIUM MELAKA
KOMPLEKS WARISAN MELAKA
JALAN KOTA
75000 MELAKA

Tarikh tutup : 12 April 2013

Maklumat lanjut klik sini
Borang klik sini

Tuesday, April 2

Jawatan Kosong KETENGAH April 2013

jawatan kosong ketengah september 2012 

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu

1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (TETAP)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

sebelum atau pada 30 April 2013.

Maklumat lanjut klik sini
Borang klik sini

Saturday, March 30

info - Exam PTD


"Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan PTD Pada 13 April 2013"

SEMBRONG, KLUANG 20 Mac ----- Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) akan mengadakan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) pada 13 April 2013 . Beliau berkata demikian dalam Sidang Media yang diadakan selepas mengadakan Sesi Interaksi Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan Bagi Daerah Kluang yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Sembrong Kluang Johor. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan. Sesi interaksi ini adalah merupakan yang ke-15 diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam juga turut diadakan yang disertai oleh 15 Kementerian/Jabatan dari daerah Kluang. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga telah melawat booth dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Satu sesi taklimat kerjaya juga turut diadakan yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor. ----- MediaSPA

Contoh soalan exam PTD

Monday, March 25

Info - Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013

3:58 PM
1. BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG 2013

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

2. SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG 2013

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat : www.yp.org.my

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan
Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014 (UPU Online). Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin). Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB dan SPC YP adalah muktamad.

Maklumat lanjut dan borang klik sini

Tuesday, June 22

Info im : PPL jom jadi bos

3:18 AM
kepada peminat-peminat pay per lead (ppl) jom sahut cabaran dari suthan rm3.10 untuk 1 lead
berminat nak join? ... tak perlu bayar apa-apa ..Percuma untuk anda sertai

apa itu PPL?
Pay-Per-Lead (PPL) -  Anda menyebarkan/mempromosikan laporan, ebook free,software atau video di internet, anda dapat komisyen. Ada orang download hasil promosi anda, anda dapat duit.Orang download, anda dapat duit…
1. mula mula sila ke http://www.jomjadiboss.com

2. Isi nama dan email dan anda akan dapat download video berkenaan bisnes internet.

3. Daftar je affiliate PPL tu.

4. Promosikan link affiliate tu kat blog, facebook, forum, email,

5. Ada orang buka link url tu, dan isi nama dan download, anda akan terima RM3.10 pertama anda

Informasi Program PPL JomJadiBoss.com Yang Anda Harus Tahu !! 
JomJadiBoss.com merupakan Program PPL dikendalikan oleh syarikat Ideasia Consultancy milik sepenuhnya oleh pakar perniagaan internet Malaysia, Suthan M. 

Target Program PPL ini ialah untuk mendapatkan 100,000 Leads Rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan internet mereka!

Insentif Menarik Untuk Anda !! 
Komisen tetap untuk Program PPL JomJadiBoss.com ialah RM0.50 untuk setiap subscriber yang anda refer kepada kami. Disini, mereka hanya perlu mendaftar di laman web utama kami dan "confirmkan" 
(VERIFY EMAIL) dan anda akan mendapat komisen tetap RM0.50 setiap satu "Confirmed Subscriber"*
Bonus tambahan percuma RM250 akan dibayar serta merta untuk setiap rakan JV yang berjaya mencapai 2500 leads dibawah link mereka. Bonus ini akan dibayar serta merta ke akaun pilihan anda, dan anda akan meraih RM250 lagi apabila mencapai 5000 lead, 7500 leads, dan seumpamanya. Ini merupakan insentif tambahan untuk anda :-) 

Hadiah Menarik Untuk Anda !! 
TOP affiliate #1 apabila mencapai kuota dibawah akan mendapat 

Pada 10,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 1000 Tunai
Pada 20,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 1200 Tunai
Pada 30,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 1400 Tunai
Pada 40,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 1600 Tunai
Pada 50,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 1800 Tunai
Pada 60,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 2000 Tunai
Pada 70,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 2200 Tunai
Pada 80,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 2500 Tunai
Pada 90,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 2700 Tunai
Pada 100,000 leads subscriber pertama : #1 Top Affiliate akan memenangi RM 3000 Tunai

Bonus PPL Menarik Setiap Bulan!!
Setiap bulan pada kitaran tarikh 21hb 10pagi, komisen RM0.50 akan dinaikkan ke RM3.10 untuk 500 lead pertama untuk bulan itu (Maksimum Payout RM1500.00) . Selepas itu, ianya akan dikembalikan kepada payout biasa sehabisnya kuota 500 lead pertama untuk bulan itu.
Bonus tambahan ini akan dikreditkan ke akaun rakan JV/ Agen Affiliate yang membawa 500 lead pertama untuk bulan itu seperti biasa.

Monday, May 31

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

10:58 PM
TUJUAN PEPERIKSAAN

  1. menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik
  2. menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya 
  3. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. 
  4.  Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik. 
 perhatian: exam ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus



SUKATAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris.


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markahh : 20 










SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI
Masa : 35 minit
Bilangan Soalan Objektif : 20 soalan
Markah : 10


SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU


Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan  


sumber : http://www.spa.gov.my/

Friday, May 21

Kekosongan Besar Jawatan Julai

4:07 PM
Oleh HELMI MOHD. FOAD pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkan kekosongan jawatan yang begitu besar akan berlaku dalam sektor kerajaan menjelang Julai ini. Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo berkata, keadaan itu berlaku ekoran ramai pegawai dan kakitangan yang sebelum ini dilanjutkan perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun akan bersara pada tahun ini. “Ini membabitkan pelbagai peringkat jawatan yang dianggarkan mengalami kekosongan yang signifikan dan ia memberikan kesan besar. “Pada masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat daripada setiap agensi mengenai kekosongan yang akan berlaku nanti,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan jersi kepada pasukan SPA FC yang layak menyertai Liga FAM 2010 di Ibu Pejabat SPA di sini hari ini.

Dasar melanjutkan usia persaraan daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 1 Julai 2008. Dijangka lebih 4,800 pegawai dan kakitangan awam yang sepatutnya bersara wajib pada 2008 akan menamatkan perkhidmatan antara Julai hingga Disember ini. Menurut Lamien, pada masa ini SPA sedang mengumpulkan maklumat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mengenai kekosongan jawatan baru. Katanya, suruhanjaya tersebut menganggarkan jumlah jawatan baru yang perlu diisi adalah kira-kira 50,000 sebagaimana dilakukan pada 2008 dan tahun lalu.

Dalam pada itu, katanya, jawatan kritikal dalam bidang perubatan seperti doktor yang diperlukan sebanyak 5,000 setiap tahun masih terus berlaku kekosongan. Sementara itu, Lamien turut menyangkal kebimbangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa golongan wanita dikatakan menguasai sektor awam Katanya, SPA yang bertanggungjawab melaksanakan pengambilan kakitangan baru membabitkan 250 skim perjawatan tidak melihat kepada aspek gender.

Contohnya, kata beliau, pengambilan terbaru jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menyaksikan daripada 490 orang yang dilantik, 250 adalah lelaki manakala selebihnya wanita. “Kita ikut merit, kalau bagus dan melepasi syarat kita akan ambil tanpa mengira jantina selain tiada kuota tertentu dalam membuat pengambilan kakitangan baru. “Cuma, dalam keadaan tertentu melibatkan bidang tugas seperti jawatan pegawai penjara wanita, tentu kita akan ambil wanita tetapi kita tidak amalkan dasar diskriminasi terhadap wanita,” katanya.

kredit to   http://cic.jobsmalaysia.gov.my