Monday, March 25

Info - Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013

3:58 PM
1. BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG 2013

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

2. SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG 2013

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat : www.yp.org.my

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan
Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014 (UPU Online). Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin). Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB dan SPC YP adalah muktamad.

Maklumat lanjut dan borang klik sini

0 comments:

Post a Comment