Showing posts with label biasiswa. Show all posts
Showing posts with label biasiswa. Show all posts

Monday, March 25

Info - Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013

3:58 PM
1. BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG 2013

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

2. SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG 2013

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat : www.yp.org.my

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan
Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014 (UPU Online). Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin). Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB dan SPC YP adalah muktamad.

Maklumat lanjut dan borang klik sini

Thursday, August 11

Tawaran Biasiswa Dan Pinjaman Boleh Ubah YTN

5:26 PM
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon:
  • Biasiswa bagi mengikuti program-program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk sesi September 2011
  • Pinjaman Boleh Ubah bagi mengikuti program peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Permohonan boleh dibuat secara online mulai 4 Ogos 2011 melalui http://yayasan.tnb.com.my/sam
Tarikh tutup permohonan: 9 Sept 2011

maklumat lanjut iklan biasiswa klik sini

Monday, June 6

TAWARAN BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DALAM DAN LUAR NEGARA (SLTP) TAHUN 2011

11:21 AM
Kementerian Pengajian Tinggi dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian SEPENUH MASA di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk penajaan di bawah program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP), KPT.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 
A) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA

i) Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
ii) Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) atau Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ;
iii) Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas ;
iv) Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2011 ;
v) Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas pada semester terkini atau di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
vi) Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
vii) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
viii) Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;
ix) Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
x) Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.

B) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI LUAR NEGARA

i) Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
ii) Berumur tidak melebihi 22 tahun pada 01 Januari 2011 ;
iii) Memperolehi Diploma dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas daripada Politeknik atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan ;
iv) Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
v) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
vi) Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ;
vii) Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik; dan
viii) Lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau 94 (Internet-Based), atau IELTS 6.5. Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Ujian boleh diambil selepas calon disahkan berjaya dalam proses pemilihan).

Permohonan secara online akan dibuka mulai 4 Jun 2011 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2011 (jam 12 tengah malam).
maklumat lanjut klik sini

Sunday, May 8

BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI/PONDOK MUIP

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyediakan bantuan dermasiswa pelajaran pusat pengajian tinggi atau pondok kepada anak-anak negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Pondok yang diiktiraf oleh kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:

a) Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.
b) Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR,
c) Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau Sarjana Muda,
d) Lulus peperiksaan tahun/semester yang terkini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 31HB MEI 2011

Klik di sini jika ingin memohon

Wednesday, May 4

EBOOK PANDUAN LULUS TEMUDUGA BIASISWA MARA (PILN)

Temuduga MARA adalah sesi temuduga yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memberi tajaan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Calon-calon yang berjaya lulus temuduga akan ditaja untuk menyambung pelajaran ke luar negara di bawah skim Program Ijazah Luar Negara (PILN). Calon-calon temuduga yang berjaya melepasi temuduga akan ditaja untuk menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda ke Universiti di luar negara seperti di Australia, dan sebagainya.


ini yang saya ingin kongsi dengan anda jika anda rasa anda belum bersedia untuk menghadapi temuduga biasiswa mara (PILN)

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Biasiswa MARA


Kandungan Ebook

Secara khususnya, ebook ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
  • 5 Case Study Sebenar Kejayaan Interview MARA Terbongkar! - teknik & pengalaman sebenar mereka-mereka yang telah terlibat dalam interview ini dan berjaya layak mendapatkan biasiswa daripada MARA
  • 7 Teknik Interview Paling Efektif Terbongkar! – pembongkaran 7 teknik bekesan untuk lulus temuduga MARA
Objektif Ebook
  • Antara objektif-objektif penting ebook ini dihasilkan adalah:
  • Menyelesaikan masalah prospek yang rata-ratanya memerlukan panduan dan persiapan-persiapan penting sebelum hadir ke temuduga tersebut.
  • Berkongsi rahsia bagaimana untuk lulus temuduga MARA secara mudah
  • Menyedarkan prospek bahawa temuduga MARA merupakan antara interview yang paling mudah untuk lulus, walaupun seseorang itu tidak berapa fasih berbahasa inggeris. Kegagalan yang berlaku biasanya disebabkan oleh calon yang tidak membat persediaan yang efektif dan tepat sebelum hadir ke temuduga.
Kelebihan Ebook
  • Kajian 5 Study Case Sebenar Kejayaan Temuduga MARA dibongkarkan. Ianya bersifat asli tanpa tiruan atau copy & paste dari mana-sumber di internet.
  • Terdapat rumusan 7 kaedah paling berkesan untuk lulus temuduga khususnya temuduga biasiswa MARA
  • Terdapat rumusan-rumusan bagi setiap bahan yang diperlukan oleh calon sebelum hadir ke temuduga, tanpa menghabiskan banyak masa melayari internet.
  • Pembeli merupakan Desperate Buyers!– Ini kerana calon-calon yang akan menghadiri temuduga hanya mempunyai masa kurang 2 minggu untuk membuat persiapan temuduga. Jadi mereka semestinya akan mencari jalan paling mudah atau jalan pintas untuk membuat persiapan temuduga. Memudah, murah, cepat dan berkesan!

Siapa Perlukan Ebook Ini?
  • Pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan biasiswa MARA di bawah skim Program Ijazah Luar Negara (PILN )dan telah disenarai pendek untuk menghadiri temuduga tersebut.

Harga Promosi
  • RM30.00 sahaja. Harga ini hanya akan dibuka kepada 100 orang pembeli terawal sahaja. Selepas tamat kuota ini, harga produk akan dinaikkan kepada hampir dua kali ganda. Bonus menarik juga menanti sedang menanti pembeli-pembeli terawal!


BONUS TERHAD 100 PEMBELI TERAWAL
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI EBOOK PANDUAN LULUS TEMUDGA BIASISWA MARA INI SILA LAYARI