Showing posts with label Info Ebook. Show all posts
Showing posts with label Info Ebook. Show all posts

Tuesday, August 9

idea buat duit raya - perniagaan yang popular di bulan ramadhan


Di dalam bulan Ramadan ini menjanjikan pelbagai kelebihan dan ruang ibadah dalam bulan ini penuh dengan berkah. Selain daripada berpuasa di bulan Ramadan umat Islam tidak melepaskan peluang untuk berniaga sebagai salah satu cabang untuk menambahkan sumber pendapatan.

Bidang perniagaan dipilih untuk menjana ekonomi keluarga dan sebagai salah satu usaha untuk kita beribadah. Ada perniagaan yang dilakukan secara sepenuh masa dan ada juga yang dilakukan secara separuh masa. Anda mungkin berminat untuk berniaga di bulan Ramadan tetapi tidak ada idea apakah jenis perniagaan yang boleh dijadikan sumber.

info kerjaya menawarkan ebook PERCUMA untuk anda jika berminat nak menjana pendapatan khusunya pada bulan ramadhan tahun ni, ianya yang ditulis berdasarkan pengalaman rakan saya yang pernah berniaga di bulan Ramadan.

sila download ebook Percuma idea jana pendapatan di bulan ramadhan KLIK SINI

ps : klik share kalau perkongsian ni menarik :D

Wednesday, June 29

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Untuk pegetahuan anda jika dilihat dalam Jadual Peperiksaan / Exam yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk pengambilan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ia akan diadakan pada Mei 2014 (24.05.2014). Namun ingin diingatkan bahawa jadual exam ini belum lagi muktamat ia cuma perancangan yang dipersetujui oleh SPA dengan jabatan yang berkaitan berkemungkinan ia akan berubah. Peperiksaan hanya akan dijalankan sekiranya jabatan ada buat permohonan pengisian kekosongan jawatan tersebut

Jika anda berminat untuk menjawat jawatan sebagai PTD dibawah ada sedikit maklumat perlu anda tahu berkenaan jawatan tersebut

Jadual Peperiksaan

Kelayakan memohon Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD)

Kelayakan memohon Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD)

Proses Penganbilan PTD

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

1. Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

Contoh soalan Exam PTD

2. PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

3. Temu duga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD

Lantikan

Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut. Secara umumnya terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru.

Tahap 1 : Kursus PTD Unggul

Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary. Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang pegawai PTD.

Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;

ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan

iii) mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.

Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri.

Tahap 2 : Penempatan di Kementerian atau Jabatan

Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak. Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam.

Tahap 3 : Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41. INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa. Matlamat kursus ini adalah untuk:
  • Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
  • Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
  • Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
  • Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.
Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik. Latihan akademik merujuk kepada aspek pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul akademik yang dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial serta keselamatan dan pertahanan negara. Peserta didedahkan kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang-undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan mereka menjadi pegawai yang kompeten.

Latihan bukan akademik bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Melalui pendekatan ini, peserta Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound School. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.

Tahap 4 : PTD Training Roadmap

Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-masing. Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Objektif kursus-kursus dalam siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:
  • Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal
  • Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
  • Pengurusan dasar sektor awam
  • Pengurusan sumber manusia di sektor awam
  • Perancangan dan pengurusan projek
  • Kemahiran perancangan strategik
  • Metodologi penyelidikan
  • Pentadbiran tanah

Carta Proses Pemilihan PTD

Monday, May 23

Anda Tak Perlukan Wang Untuk Kaya!

10:58 AM

Masih ramai yang mempunyai tanggapan dan persepsi yang kurang tepat tentang cara sebenar untuk menjadi kaya. Seringkali ramai yang menumpukan untuk mencari wang yang banyak untuk menjadi kaya. Sayangnya mendapat wang yang banyak sekalipun belum tentu menjamin seseorang itu boleh menjadi kaya. Sebenarnya untuk jadi kaya, kita tak perlukan wang sebaliknya kita perlu tahu rahsianya. Kenapa saya kata wang yang banyak tak menjamin anda menjadi kaya? Sebabnya ramai orang dapat wang yang banyak tetapi sebaliknya mereka hanya kelihatan 'bergaya' macam orang kaya, dan bukannya benar-benar kaya! Mereka lebih banyak mengumpul hutang daripada mengumpul aset atau harta. :D

Mereka gunakan wang yang banyak untuk membuat lebih banyak hutang baru berbanding membuat pelaburan yang mampu berikan pulangan yang lebih baik. Sebenarnya ada yang kata untuk menjadi kaya kita perlu ada I.D.E.A dan buah fikiran yang berharga untuk dilaksanakan. Malangnya idea sahaja tanpa tindakan tidak akan memberi sebarang makna.Tindakan tanpa ilmu pula biasanya menghasilkan keputusan yang mengecewakan. Jadi bagaimanamkah cara terbaik untuk menjadi kaya sebenarnya?

Baru-baru ini saya menerima satu emel daripada salah seorang kenalan yang juga merupakan seorang Konsultan Motivasi & Kewangan iaitu saudara Khairulnahar. Beliau ni juga dikenali sebagai Thinkerich dan aktif menerbitkan infoproduk motivasi dan kewangan sebelum ini. Beliau memaklumkan kepada saya yang beliau baru saja melancarkan sebuah e-book berkaitan panduan pengurusan kekayaan...

Ebook tersebut dinamakan sebagai "Rahsia Menjadi Kaya"


kalau anda berminat nak tahu jawapan dan rahsianya, anda boleh dapatkan panduan pengurusan kekayaan berjudul RAHSIA MENJADI KAYA yang akan mendedahkan dan membongkarkan tentang tindakan,ilmu, dan proses sebenar untuk menjadi kaya. Banyak teknik, trik, dan tips baru berkaitan proses sebenar untuk jadi kaya yang dapat dipelajari melalui e-book Rahsia Menjadi Kaya tersebut. di RahsiaMenjadiKaya.com

Wednesday, May 4

EBOOK PANDUAN LULUS TEMUDUGA BIASISWA MARA (PILN)

Temuduga MARA adalah sesi temuduga yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memberi tajaan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Calon-calon yang berjaya lulus temuduga akan ditaja untuk menyambung pelajaran ke luar negara di bawah skim Program Ijazah Luar Negara (PILN). Calon-calon temuduga yang berjaya melepasi temuduga akan ditaja untuk menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda ke Universiti di luar negara seperti di Australia, dan sebagainya.


ini yang saya ingin kongsi dengan anda jika anda rasa anda belum bersedia untuk menghadapi temuduga biasiswa mara (PILN)

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Biasiswa MARA


Kandungan Ebook

Secara khususnya, ebook ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
  • 5 Case Study Sebenar Kejayaan Interview MARA Terbongkar! - teknik & pengalaman sebenar mereka-mereka yang telah terlibat dalam interview ini dan berjaya layak mendapatkan biasiswa daripada MARA
  • 7 Teknik Interview Paling Efektif Terbongkar! – pembongkaran 7 teknik bekesan untuk lulus temuduga MARA
Objektif Ebook
  • Antara objektif-objektif penting ebook ini dihasilkan adalah:
  • Menyelesaikan masalah prospek yang rata-ratanya memerlukan panduan dan persiapan-persiapan penting sebelum hadir ke temuduga tersebut.
  • Berkongsi rahsia bagaimana untuk lulus temuduga MARA secara mudah
  • Menyedarkan prospek bahawa temuduga MARA merupakan antara interview yang paling mudah untuk lulus, walaupun seseorang itu tidak berapa fasih berbahasa inggeris. Kegagalan yang berlaku biasanya disebabkan oleh calon yang tidak membat persediaan yang efektif dan tepat sebelum hadir ke temuduga.
Kelebihan Ebook
  • Kajian 5 Study Case Sebenar Kejayaan Temuduga MARA dibongkarkan. Ianya bersifat asli tanpa tiruan atau copy & paste dari mana-sumber di internet.
  • Terdapat rumusan 7 kaedah paling berkesan untuk lulus temuduga khususnya temuduga biasiswa MARA
  • Terdapat rumusan-rumusan bagi setiap bahan yang diperlukan oleh calon sebelum hadir ke temuduga, tanpa menghabiskan banyak masa melayari internet.
  • Pembeli merupakan Desperate Buyers!– Ini kerana calon-calon yang akan menghadiri temuduga hanya mempunyai masa kurang 2 minggu untuk membuat persiapan temuduga. Jadi mereka semestinya akan mencari jalan paling mudah atau jalan pintas untuk membuat persiapan temuduga. Memudah, murah, cepat dan berkesan!

Siapa Perlukan Ebook Ini?
  • Pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan biasiswa MARA di bawah skim Program Ijazah Luar Negara (PILN )dan telah disenarai pendek untuk menghadiri temuduga tersebut.

Harga Promosi
  • RM30.00 sahaja. Harga ini hanya akan dibuka kepada 100 orang pembeli terawal sahaja. Selepas tamat kuota ini, harga produk akan dinaikkan kepada hampir dua kali ganda. Bonus menarik juga menanti sedang menanti pembeli-pembeli terawal!


BONUS TERHAD 100 PEMBELI TERAWAL
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI EBOOK PANDUAN LULUS TEMUDGA BIASISWA MARA INI SILA LAYARI