Tuesday, October 30

1,000 graduan kejururawatan akan dilantik berkhidmat dengan kerajaan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan pada Disember ini.

Proses temuduga akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 November di 85 pusat temuduga di seluruh negara, kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk mengatasi masalah pengangguran graduan lepasan diploma dengan menambah bilangan jawatan bagi jururawat di kementerian.

Beliau berkata, pada masa yang sama kementerian itu juga, dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, akan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) khusus bagi graduan lepasan diploma kejururawatan yang masih menganggur.

Program SL1M Graduan Kejururawatan ini adalah satu daripada usaha kerajaan untuk memperkasa graduan dengan kemahiran dan pengalaman klinikan yang boleh meningkatkan kebolehan mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai jururawat.

Liow juga berkata, program SL1M ini akan membabitkan kerjasama sektor swasta iaitu hospital dan klinik swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Graduan yang terpilih bagi mengikuti program ini akan ditempatkan di hospital atau klinik swasta yang berdaftar bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun untuk meningkatkan serta memantapkan kemahiran dan pengalaman klinikan para graduan," katanya.

Beliau berkata, graduan juga akan didedahkan dengan kemahiran insaniah atau 'soft skills' menerusi program latihan dalaman yang dilaksanakan oleh hospital atau klinik swasta yang berkaitan.

Bagi graduan yang tamat mengikuti program SL1M ini boleh terus diambil berkhidmat oleh hospital atau klinik swasta berkenaan ataupun memohon untuk berkhidmat di hospital atau klinik swasta yang lain.

Menurut Liow, program itu akan dilancarkan pada pertengahan Disember juga.

"Kementerian berharap program ini akan menarik minat hospital atau klinik swasta sebagai satu daripada CSR dan pada masa yang sama setiap hospital atau klinik swasta yang mengikuti program ini akan mendapat Insentif Potongan Cukai Berganda," katanya.

- BERNAMA

9 comments:

  1. Bolehkah saya ingin memohon jawatan sebagai jururawat secara online???
    terima kasih...

    ReplyDelete
  2. bila temuduga akan di adekan...bg negeri melaka tempat temuduga di adakan di mane?

    ReplyDelete
  3. Bilakah temuduga akan diadakan? Bagi negeri sabah,di manakah akan diadakan temuduga ini?

    ReplyDelete
  4. Bila temuduga akan diadakan utk ngri kedah

    ReplyDelete
  5. boleh saya tahu macM mana nak mohon skil latihan 1 malaysia ini. bagi graduan diploma kejururawatan

    ReplyDelete
  6. Da lme sy tggu tp sy x trplih pon..knpa ye?

    ReplyDelete
  7. kt status 2lis melepasi syarat2 yg m
    dttpkn oleh suruhanjaya tp surat tmu dga xdpt pon

    ReplyDelete
  8. Bg kwsn sarawak bla temuduga n cara utk lthn skil 1 mlsia...lma lh tggu...lma dh menganggur nie...ssh nyer

    ReplyDelete
  9. i want to work at kkm can ah .im just finish my course diploma in nursing..... i search job in goverment.

    ReplyDelete