Showing posts with label latihan separa perubatan. Show all posts
Showing posts with label latihan separa perubatan. Show all posts

Monday, April 1

Latihan Separa Perubatan 2013

Temu duga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Gabungan 10 Latihan) yang dijadualkan pada 05 Mei 2013 (Ahad) ditangguhkan kepada 10 Mei 2013 (Jumaat) berikutan tarikh tersebut merupakan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke 13.

Latihan Separa Perubatan

Latihan yang ditawarkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya separa perubatan dalam pelbagai bidang di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat 10 pilihan bidang latihan peringkat diploma dan 3 pilihan bidang latihan peringkat sijil.

Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 ½ tahun (sijil) atau 3 tahun (sijil) di kolej kejururawatan atau institusi yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa elaun lain.

Pelatih yang LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma bakal dilantik dalam jawatan (mengikut bidang latihan) dalam KKM untuk menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Bagi lulusan sijil akan bermula sebagai staf separa perubatan Gred U17/Gred U19, manakala lulusan latihan peringkat diploma sebagai staf separa perubatan Gred U29.

Profesion dalam bidang ini sememangnya memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dan terlatih dalam menguruskan aspek perubatan, penjagaan diri dan kesihatan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan platform terbaik untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berusia 18 hingga 25 tahun yang berminat menceburi bidang kerjaya di KKM.

Pihak SPA menawarkan Latihan Separa Perubatan untuk individu-individu yang berkelayakan dan ingin berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2 peringkat program latihan yang ditawarkan iaitu :

Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma Gred U29
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil Gred U17/U19

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun, iaitu :

Seisi Januari
Seisi Julai 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengumumkan atau mengiklankan tentang pengambilan pelatih Separa Perubatan di portal SPA.

Panduan Latihan Spara Perubatan klik sini
Pelatih Separa Perubatan akan menjalani seisi latihan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

Tempoh latihan :

Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma : 3 tahun
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil : 2 ½ tahun

Kesinambungan dari latihan yang ditawarkan ini, pihak KKM telah menubuhkan Bahagian Pengurusan Latihan KKM bagi pihak KKM melatih bakal anggota paramedik untuk Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma.

Kemudahan-Kemudahan Semasa Latihan Separa Perubatan

Selain menikmati elaun bulanan, pelatih separa perubatan juga ditawarkan beberapa kemudahan semasa menjalani seisi latihan di kolej yang ditetapkan. Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pelatih :

Tambang Perjalanan

Untuk urusan pengendalian tiket penerbangan dan taklimat ke tempat latihan:-

i) Bagi pelatih daripada Sabah yang menerima tawaran ini dan ditempatkan dimana-mana kolej latihan di Sarawak atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu di talian 088-223514 atau 088-456757

• Bagi pelatih daripada Sarawak yang menerima tawaran ini dan ditempatkan dimana-mana kolej latihan di Sabah atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, di Kuching di talian 082-246409.

Tuntutan Perjalanan

i i) Calon-calon layak membuat tuntutan perjalanan semasa lapor diri sekali dan setelah tamat latihan.

Pakaian Seragam

i) Pelatih akan dibekalkan pakaian seragam mengikut kelayakan-kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan di sepanjang tempoh latihan seperti berikut:-

• Tahun Pertama - 3 pasang
• Tahun Kedua - 2 pasang
• Tahun Ketiga - 2 pasang

ii) Bagi program ‘outsourcing’ pakaian seragam adalah dibawah kelolaan kolej masing-masing.

Kemudahan Tempat Tinggal (Asrama) & Penyediaan Makanan

Sekiranya pelatih dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan, pelatih akan dikenakan bayaran mengikuti kadar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Pelatih juga dikehendaki membayar di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi penyajian makanan di asrama tersebut sekiranya ada. Bagi calon pelatih dibawah program outsourcing kemudahan asrama adalah dibawah kelolaan pihak kolej swasta.

Rawatan Perubatan

• Pelatih adalah layak untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma pada setiap kali mendapatkan rawatan di hospital-hospital Kerajaan di sepanjang tempoh latihan ini dan sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, pelatih berkelayakan Wad Kelas Dua.
• Pelatih yang mengikuti program outsourcing di institusi-institusi swasta dikehendaki berhubung dengan kolej perhubungan Kementerian Kesihatan Malaysia

Cuti

Pelatih adalah layak untuk mendapat cuti semester yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Monday, February 4

Latihan Separa Perubatan 2013

warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon Latihan Separa Perubatan 2013

Jawatan yang dibuka :-

1. Jururawat
2. Penolong Pegwai Perubatan
3. Juruteknik Makmal Perubatan
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5. Juruteknologi Pergigian
6. Jururawat pergigian

Syarat kelayakan
Iklan jawatan

Tarikh tutup 17 Feb 2013

Maklumat lanjut dan Permohonan sila ke  http://www.spa.gov.my/Portal/

 

Tuesday, October 30

1,000 graduan kejururawatan akan dilantik berkhidmat dengan kerajaan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan pada Disember ini.

Proses temuduga akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 November di 85 pusat temuduga di seluruh negara, kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk mengatasi masalah pengangguran graduan lepasan diploma dengan menambah bilangan jawatan bagi jururawat di kementerian.

Beliau berkata, pada masa yang sama kementerian itu juga, dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, akan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) khusus bagi graduan lepasan diploma kejururawatan yang masih menganggur.

Program SL1M Graduan Kejururawatan ini adalah satu daripada usaha kerajaan untuk memperkasa graduan dengan kemahiran dan pengalaman klinikan yang boleh meningkatkan kebolehan mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai jururawat.

Liow juga berkata, program SL1M ini akan membabitkan kerjasama sektor swasta iaitu hospital dan klinik swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Graduan yang terpilih bagi mengikuti program ini akan ditempatkan di hospital atau klinik swasta yang berdaftar bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun untuk meningkatkan serta memantapkan kemahiran dan pengalaman klinikan para graduan," katanya.

Beliau berkata, graduan juga akan didedahkan dengan kemahiran insaniah atau 'soft skills' menerusi program latihan dalaman yang dilaksanakan oleh hospital atau klinik swasta yang berkaitan.

Bagi graduan yang tamat mengikuti program SL1M ini boleh terus diambil berkhidmat oleh hospital atau klinik swasta berkenaan ataupun memohon untuk berkhidmat di hospital atau klinik swasta yang lain.

Menurut Liow, program itu akan dilancarkan pada pertengahan Disember juga.

"Kementerian berharap program ini akan menarik minat hospital atau klinik swasta sebagai satu daripada CSR dan pada masa yang sama setiap hospital atau klinik swasta yang mengikuti program ini akan mendapat Insentif Potongan Cukai Berganda," katanya.

- BERNAMA

Friday, October 19

Latihan Separa Perubatan Gred U29 : Tips & Panduan Peperiksaan & Temuduga


Salam 1 Malaysia buat pengunjung blog. Salah satu bidang kerjaya di sektor awam yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma. Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan pelatih program ini dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Bagi yang berminat boleh merujuk laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di www.spa.gov.my.

Calon yang layak akan dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga sebagai peringkat saringan memilih calon pelatih Latihan Separa Perubatan Gred U29. Calon yang terpilih akan menjalani latihan di kolej kejururawatan selama 3 tahun. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Terdapat pelbagai pilihan program yang ditawarkan di bawah Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Adakah anda salah seorang calon yang dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan atau anda berminat mengikuti program Latihan Separa Perubatan? Entri ini akan menerangkan secara ringkas tentang Latihan Separa Perubatan dan aspek-aspek penting yang berkaitan. Bagi warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun dan melepasi syarat yang ditetapkan, anda berpeluang menempatkan diri anda sebagai pelatih Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29. Anda juga bakal mendapat pelbagai elaun & kemudahan sepanjang tempoh latihan serta berpeluang menempatkan diri sebagai penjawat awam. Untuk mendapat jawatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, anda perlu bermula dengan Latihan Separa Perubatan. Untuk bermula dengan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29 pula, anda perlu lulus seisi peperiksaan dan temuduga – iaitu peringkat saringan pemilihan pelatih Separa Perubatan.

Untuk lulus peringkat saringan pemilihan tersebut, anda akan melalui peperiksaan psikometrik yang meliputi 2 seksyen iaitu Seksyen A Sahsiah Diri dan Seksyen B Minat. Anda perlu menjawab sejumlah soalan bagi penilaian sahsiah diri dan minat yang ada pada diri anda. Berikut adalah pecahan soalan untuk setiap seksyen bagi peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

Seksyen A – Sahsiah Diri
Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 139

Anda perlu menjawab sebanyak 139 soalan dalam masa 40 minit. Seksyen ini bertujuan menilai sahsiah diri dan personaliti anda dalam proses pengambilan pelatih Separa Perubatan. Ia dibangunkan untuk menilai beberapa gagasan personaliti untuk jawatan Separa Perubatan.

Seksyen B – Minat
Masa : 20 minit
Jumlah Soalan : 227

Untuk seksyen ini terdapat 2 pilihan jawapan. Anda perlu menjawab bersesuaian dengan minat.

Peringkat seterusnya pula ialah temuduga secara individu oleh panel dari pihak SPA dan wakil Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif seisi temuduga ini ialah :

√ Menilai tahap kemampuan akademik & kemahiran yang dimiliki calon.
√ Menilai tahap pengetahuan dan kemahiran calon dalam bidang Separa Perubatan yang dipilih.
√ Menguji kemahiran komunikasi dan interaksi calon.
√ Menilai ciri-ciri kendiri, personaliti dan sahsiah calon.
√ Menguji tahap kemahiran berfikir dan kemahiran yang berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan.
√ Menilai kemampuan calon untuk menyampaikan idea / pendapat secara rasional, jelas, tepat dan padat.
√ Menilai kesesuaian kelayakan dan kemampuan yang dimiliki oleh calon dengan bidang yang dipilih.


Anda perlu melakukan persediaan rapi jika benar-benar ingin mengikuti program Latihan Separa Perubatan Gred U29 dan merebut peluang menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanpa persediaan rapi anda tak mampu ‘menyaingi’ calon-calon lain dan kemungkinan untuk anda gagal adalah tinggi. Majoriti calon yang gagal adalah kerana tiada rujukan lengkap dan efektif menerangkan secara khusus tentang format peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan.

Sekiranya anda ingin membuat persediaan agar lulus dan berjaya dalam peringkat saringan Latihan Separa Perubatan, anda disyor mendapatkan Pakej Rujukan Latihan Separa Perubatan. Ianya satu-satunya rujukan spesifik untuk anda dalam merancang persediaan menghadiri peperiksaan & temuduga Latihan Separa Perubatan. Calon bakal melalui peperiksaan ujian Sahsiah Diri & Minat dan seisi temuduga. Peperiksaan dan temuduga ini bagi memastikan calon benar-benar layak mengikuti Latihan Separa Perubatan. Hanya calon yang menunjukkan prestasi tinggi dan cemerlang sahaja mampu lulus dengan jayanya.

Pakej Rujukan Latihan Separa Perubatan menyediakan pelbagai informasi dan tips yang dapat membantu anda melengkapkan diri untuk melangkah yakin menjalani seisi peperiksaan dan temuduga. Apa yang terkandung di dalam pakej tersebut hasil dari pengetahuan dan pengalaman beberapa pelatih Separa Perubatan, jururawat Gred U29 dan pesara jururawat.

Pakej yang ditawarkan ini boleh membantu melengkapkan diri serta meningkatkan prestasi diri anda untuk mencapai impian memasuki program Latihan Separa Perubatan Gred U29. Kandungan pakej ini juga meliputi semua bahagian yang bakal dilalui oleh calon. Set lengkap contoh soalan Seksyen A : Sahsiah Diri dan Seksyen B ; Minat disediakan bagi membantu calon dalam melakukan persediaan dan melangkah yakin menghadiri peringkat saringan pemilihan pelatih Separa Perubatan.

Anda juga akan didedahkan 'teknik sulit' untuk LULUS dengan cemerlang peperiksaan khas Separa Perubatan. Exam bertulis ini telah banyak ‘mengorbankan’ calon yang menghadirinya. Ramai calon sebelum ini gagal kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan penilaian sahsiah diri & minat. Pakej ini juga turut menyediakan tips / teknik khas untuk calon melepasi tahap LULUS untuk kedua-dua seksyen tersebut.

Manakala pakej GOLD yang ditawarkan turut mengandungi 50 contoh soalan & skema jawapan untuk seisi temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29. Ianya boleh dijadikan rujukan untuk anda dalam persediaan menghadiri temuduga. Tampilkan prestasi diri yang optimum dihadapan panel penemuduga untuk memilih anda sebagai pelatih Separa Perubatan.

Lengkapkan diri anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan dan bilik temuduga dengan yakin. Elakkan diri anda dari tergolong dalam salah satu dari 3 sebab yang menjadi ‘pendorong’ kegagalan iaitu hanya berserah pada nasib, tidak berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan dan tiada ilmu / rujukan yang sesuai sebagai persediaan.

Majoriti calon gagal adalah berdasarkan 3 sebab tersebut. Situasi ini menunjukkan anda memerlukan pakej rujukan ini sebagai persediaan efektif menghadiri seisi peperiksaan Latihan Separa Perubatan.