Latihan Separa Perubatan
Latihan yang ditawarkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya separa perubatan dalam pelbagai bidang di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat 10 pilihan bidang latihan peringkat diploma dan 3 pilihan bidang latihan peringkat sijil.
Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 ½ tahun (sijil) atau 3 tahun (sijil) di kolej kejururawatan atau institusi yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa elaun lain.
Pelatih yang LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma bakal dilantik dalam jawatan (mengikut bidang latihan) dalam KKM untuk menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Bagi lulusan sijil akan bermula sebagai staf separa perubatan Gred U17/Gred U19, manakala lulusan latihan peringkat diploma sebagai staf separa perubatan Gred U29.
Profesion dalam bidang ini sememangnya memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dan terlatih dalam menguruskan aspek perubatan, penjagaan diri dan kesihatan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan platform terbaik untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berusia 18 hingga 25 tahun yang berminat menceburi bidang kerjaya di KKM.
Pihak SPA menawarkan Latihan Separa Perubatan untuk individu-individu yang berkelayakan dan ingin berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2 peringkat program latihan yang ditawarkan iaitu :
Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma Gred U29
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil Gred U17/U19
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun, iaitu :
Seisi Januari
Seisi Julai
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengumumkan atau mengiklankan tentang pengambilan pelatih Separa Perubatan di portal SPA.
![]() |
| Panduan Latihan Spara Perubatan klik sini |
Tempoh latihan :
Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma : 3 tahun
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil : 2 ½ tahun
Kesinambungan dari latihan yang ditawarkan ini, pihak KKM telah menubuhkan Bahagian Pengurusan Latihan KKM bagi pihak KKM melatih bakal anggota paramedik untuk Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma.
Kemudahan-Kemudahan Semasa Latihan Separa Perubatan
Selain menikmati elaun bulanan, pelatih separa perubatan juga ditawarkan beberapa kemudahan semasa menjalani seisi latihan di kolej yang ditetapkan. Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pelatih :
Tambang Perjalanan
Untuk urusan pengendalian tiket penerbangan dan taklimat ke tempat latihan:-
i) Bagi pelatih daripada Sabah yang menerima tawaran ini dan ditempatkan dimana-mana kolej latihan di Sarawak atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu di talian 088-223514 atau 088-456757
• Bagi pelatih daripada Sarawak yang menerima tawaran ini dan ditempatkan dimana-mana kolej latihan di Sabah atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, di Kuching di talian 082-246409.
Tuntutan Perjalanan
i i) Calon-calon layak membuat tuntutan perjalanan semasa lapor diri sekali dan setelah tamat latihan.
Pakaian Seragam
i) Pelatih akan dibekalkan pakaian seragam mengikut kelayakan-kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan di sepanjang tempoh latihan seperti berikut:-
• Tahun Pertama - 3 pasang
• Tahun Kedua - 2 pasang
• Tahun Ketiga - 2 pasang
ii) Bagi program ‘outsourcing’ pakaian seragam adalah dibawah kelolaan kolej masing-masing.
Kemudahan Tempat Tinggal (Asrama) & Penyediaan Makanan
Sekiranya pelatih dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan, pelatih akan dikenakan bayaran mengikuti kadar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Pelatih juga dikehendaki membayar di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi penyajian makanan di asrama tersebut sekiranya ada. Bagi calon pelatih dibawah program outsourcing kemudahan asrama adalah dibawah kelolaan pihak kolej swasta.
Rawatan Perubatan
• Pelatih adalah layak untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma pada setiap kali mendapatkan rawatan di hospital-hospital Kerajaan di sepanjang tempoh latihan ini dan sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, pelatih berkelayakan Wad Kelas Dua.
• Pelatih yang mengikuti program outsourcing di institusi-institusi swasta dikehendaki berhubung dengan kolej perhubungan Kementerian Kesihatan Malaysia
Cuti
Pelatih adalah layak untuk mendapat cuti semester yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Link di atas sudah tidak aktif?
ReplyDelete