Sunday, October 21

Jawatan Kosong SPA November 2012


PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong
peringkat SPM (Gred 17) oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah
mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun
demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk
permohonan baru adalah sebelum atau pada 4 November 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.

1. Pembantu Perpustakaan Gred S17 (Jabatan Perpustakaan Negara) - 17 Kekosongan
2. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Jabatan Pertahanan Awam) - 51 Kekosongan
3. Pembantu Makmal Gred C17 (Jabatan Kimia Malaysia - 25 Kekosongan


Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas

* Bagi jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17, calon disyaratkan melepasi Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera seperti dipaparkan di

http://www.spa.gov.my/Portal/PemeriksaanFizikaldanPancaindera/SyaratUmum

Iklan jawatan klik sini

permohonan sila ke http://www.spa.gov.my/Portal/

10 comments:

  1. spa banyak memberi peluang kepada raykat tp saya dari thn 2005 buat permohoman sampai sekarang tak dapat lagi sampai kerja tahan ke upsr ,pmr dah isi tak dapat ...saya ni spm saja tgk lah baru ni ada mohon juga 4 november .....saya harap sangat2 dapat dn pihak tuan/paun dpt bertimbang rase permintaan saya ....sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah 'mis' minta kerja yang ditawarkan oleh kerajaan sejak tahun 2006 melalui SPA.Saya mempunyai kelulusan ijazah dan ape yang mengecewakan dan menyedihkan saya sampai hari ini saya masih belum memperoleh kerja tetap di sektor awam.Saya tidak pernah diberi peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan sedangkan saya mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik walaupun jawatan gred spm sy terima asalkan diberi ruang dan peluang untuk saya kerana saya tidak memilih kerja.saya harap permohonan saya untuk bulan november ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan untuk membuktikan janji kerajaan itu benar 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

    ReplyDelete
  3. yang menghairankan... mereka 2 yang sedang belajar sibuk dipanggil temuduga ade yang lepas pulak tu,. kite yang dah lama mengisi mak aii rasa mcm menunggu buah yg x gugur...

    ReplyDelete
  4. lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran di malaysia berbanding peluang kerja yang disediakan. Apakah?

    ReplyDelete
  5. SPA PENIPU, SUDAH BUAT PERMOHONAN,KEMAS KINI PERMOHONAN MASIH LAGI BELUM ADA KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK UNTUK DI TEMU DUGA ATAU SEBALIKNYA,TAK ADA JAWAPAN LANGSUNG SAMPAI SEKARANG.PIHAK SPA DASAR PENIPU PEKERJAAN YANG DI TAWARKAN KEBANYAKANNYA HEBAT HEBAT,TETAPI SEBALIKNYA YANG TERJADI. KAMI MENUNGGU DENGAN PENUH HARAPAN,TOLONG JANGAN HAMPA KAN KAMI.

    ReplyDelete
  6. sya masih blm ada rezki lg...tk kisah kja apa pn jnji halal...

    ReplyDelete
  7. Rasa kecewa dan terkilan dengan SPA. Isi bertahun-tahun, kemaskini sentiasa, jangan kata dapat kerja, panggil temuduga pun tak pernah. teruk sangat ke keputusan exam sampai sekarang tak ada berita. kenapa asyik "tidak melepasi kriteria". nak kata spm teruk tidak jugak. masuk jugak ke IPT. tapi entah la. jawatan spm pun tak dipanggil jgan kata ijazah. Kenapa tak beri peluang kepada semua? sedang orang yang sudah ada jawatan tetap di sektor kerajaan tetap jugak dipanggil temuduga. bagaimana pemilihan sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. kerja kontrak dengan kerajaan sudah masuk tahun ke 4. nak harap mereka serap jgan haraplah. disuruh isi borang spa. masalah yer spa pun xpangil intev mcm ne nk mohon. kontrak guna spm je. sampai bila nk harap ihsan kontrak pun xtau la. Bukan ada kwsp pun. jauh sekali pencen... nak ngadu pada siapa lah... cuepacs? hurmmm masih tidak menampakkan hasil...

    ReplyDelete
  9. sy sokong sangat laa komen2korang tuu wahai kwn senasib.. .sy hbs jak ting.5 dh pn isi SPA. .kdg2 ada jawatan y d tawarkn sesuai n layak d pohon.bla memohon tngk status tk layak la plak???!!!. . .mcm mna tuuuu. . . bingung la dgn SPA. . .ssh sgt nk cri kerja dgn kerajaan skrng ni.seru belia belajar tinggi2 tp bla dh hbs stdy. . hermmmm. . . .haram ssh sgt nk dpt keja. . .tlg lh..bg kmi peluang.jgn nk cri y baik2 je..tu blm ttntu jjur dlm mnjalan kn kerja.

    ReplyDelete
  10. kepada yang blom dapat lagi tu,sabar la k.kita kena terima yang rezeki kita blom ade lagi di pihak kerajaan.ade hikmahnya semua tu..klo diorng hntr korng kt sabah sarawak.ataupun duk kedah tapi kena kerja johor..dengan tnga gaji yang x smpai 1k..ade sebap kenapa kita masih x dapat lagi...and lagi satu.yang ckp ade ijazah tapi x kisah dapat kerja pakai SPM tu..jangan dapat kerja nanti mengeluh plak mengenangkan gaji yang x setimpal dengan ijazah tu..bnyk yang terjadi skrng ni.so tepuk dada tnya la iman.nak kerja kerajaan sebap nk berkhidmat untuk negara or sebap nk megular lebih or kerja senang ataupun kerja swasta yang susah tapi setimpal gajinya dan berkat gajinya...apex2 pun kita kena ikhlas dalam ape yang kita buat.baru senang dapt dalam segala urusan

    ReplyDelete