Kementerian Pengajian Tinggi dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian SEPENUH MASA di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk penajaan di bawah program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP), KPT.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA
i) Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
ii) Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) atau Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ;
iii) Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas ;
iv) Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2011 ;
v) Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas pada semester terkini atau di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
vi) Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
vii) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
viii) Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;
ix) Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
x) Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.
B) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI LUAR NEGARA
i) Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
ii) Berumur tidak melebihi 22 tahun pada 01 Januari 2011 ;
iii) Memperolehi Diploma dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas daripada Politeknik atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan ;
iv) Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
v) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
vi) Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ;
vii) Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik; dan
viii) Lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau 94 (Internet-Based), atau IELTS 6.5. Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Ujian boleh diambil selepas calon disahkan berjaya dalam proses pemilihan).
Permohonan secara online akan dibuka mulai 4 Jun 2011 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2011 (jam 12 tengah malam).
maklumat lanjut klik sini
Monday, June 6
TAWARAN BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DALAM DAN LUAR NEGARA (SLTP) TAHUN 2011
biasiswa
11:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...
0 comments:
Post a Comment