Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Friday, March 22

info - Sasar 10 juta orang bergaji RM2 Ribu

7:59 AM

SEREMBAN 21 Mac - Kerajaan menyasarkan 10 juta rakyat memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebelum mencapai status negara maju menjelang 2020.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pertumbuhan ekonomi baik yang dicatatkan negara ini meskipun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau berkata, perkara itu adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Buat masa ini ujarnya, negara ini mempunyai 5 juta rakyat yang memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM2,000 sehingga mencecah RM100,000. - utusan

Thursday, March 21

Info - PM dijangka umum perubahan menggembirakan termasuk gaji statik penjawat awam

5:19 PM

PM dijangka umum perubahan menggembirakan termasuk gaji statik penjawat awam

Labuan: Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela dan menjadi berita gembira kepada mereka.

Sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Beliau berkata, pelbagai persoalan dan permintaan daripada penjawat awam diajukan kepada beliau sejak menjawat jawatan itu, termasuk status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuk perumahan dan tuntutan perjalanan.

Kesamarataan elaun

“Semua ini termasuk sejumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu saja, gaji yang statik turut juga dikaji dan diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sungai Labu di sini, semalam.

Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pemelihara kepentingan awam

Katanya penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, katanya satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.

“Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat.

Perhatian khusus

Katanya penduduk Labuan amat bertuah kerana mendapat perhatian khusus kerajaan dalam Belanjawan 2013 dengan pemberian diskaun 50 peratus bagi tambang penumpang dan kenderaan komersial yang menggunakan perkhidmatan feri.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan melaksanakan projek 1,000 unit rumah mampu milik dan empat projek dengan anggaran kos berjumlah RM165.65 juta untuk mengukuhkan kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai hab minyak dan gas. - BERNAMA

Wednesday, March 20

Info - 60 ribu kekosongan jawatan perkhidmatan awam

6:44 PM
KLUANG 20 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 60,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, selain perjawatan baharu, hampir 40,000 kekosongan jawatan dijangka berlaku berikutan kakitangan yang berpencen kerana tidak berkhidmat sehingga berusia 60 tahun.

"Tahun lalu, SPA berjaya mengisi kekosongan perjawatan sebanyak 50,000 dan tahun ini, saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 orang kerana terdapat ramai kakitangan awam yang tidak mengambil opsyen berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

"Bagaimanapun masyarakat perlu tahu bahawa SPA hanya mempunyai tanggungjawab untuk mengisi sebanyak 70 peratus kekosongan jawatan kerana bagi agensi kerajaan berkanun, Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri seperti di Johor, mereka mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan pada Karnival Kerjaya SPA di Sekolah Menengah Sains Sembrong di sini hari ini.

Sementara itu, SPA turut menggalakkan lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian untuk menduduki ujian bagi mengisi jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang akan diadakan 13 April ini.

Mahmood berkata, sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut dengan mereka yang berminat perlu berdaftar secara talian di laman http://www.spa.gov.my.

"Pemohon yang pernah gagal juga diminta untuk mencuba semula kerana peluang masih terbuka kepada mereka," katanya.

Mengulas sesi interaksi tersebut, beliau memberitahu, program itu merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lalu yang bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya. - UTUSAN

Update:

PUTRAJAYA 3 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 80,442 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan sesi pertemuan SPA dengan suruhanjaya perkhidmatan negeri, polis, kehakiman, dan guru pada minggu lepas.

Katanya, melalui pertemuan itu terdapat pertambahan kekosongan pelbagai jawatan sama ada secara lantikan tetap dan kontrak yang perlu diisi di pelbagai peringkat jabatan.

"Sebelum ini kita ada umumkan terdapat 60,000 jawatan kosong perlu diisi dan selepas pertemuan dijalankan jumlahnya mengalami pertambahan.

"Mungkin juga akan bertambah lagi selepas pertemuan hari ini. Kita mahukan maklumat lanjut dalam masa seminggu ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Mesyuarat Tahunan SPA dengan kementerian, jabatan pentadbiran negeri di bawah kuasa suruhanjaya itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN

Thursday, March 14

Info - Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

3:43 PM
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

Lanjutan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2010, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Skim ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
A. TUJUAN
  1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani, suri rumah dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
  2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
  3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
    a)  Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
    b)  Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP.
    c)  Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
    d)  Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
B. PERMOHONAN PILIHAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA

B1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri' ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN
  3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).
B2. CARA MEMOHON
  1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M))yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini mulai 3 Januari 2010.
  2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel.

C. BAYARAN CARUMAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA

C1. SYARAT-SYARAT BAYARAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Telah mendaftar sebagai pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia;
  2. Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50; DAN
  3. Had maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.
Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

C2. CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP mulai 3 Januari 2010.
  2. Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di Kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.
C3. SUMBANGAN KERAJAAN DAN PENGKREDITAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Di samping dividen tahunan, Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 5% tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun. Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 5 tahun mulai tahun 2010 – 2014.
  2. Ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap) tidak layak untuk menerima sumbangan kerajaan.
  3. Mulai Januari 2011, sumbangan kerajaan hanya terhad kepada ahli yang berumur kurang 55 tahun sahaja.
  4. KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan sebanyak 2 kali setahun berdasarkan caruman bagi tempoh separuh tahun pertama dan separuh tahun kedua setiap tahun. Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke akaun ahli sebaik sahaja ianya diterima daripada pihak Kerajaan.
D. PERTANYAAN

 Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, sila hubungi:
• Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-89226000
• Enquiry
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP. 

E. SOALAN LAZIM
Untuk melihat soalan-soalan lazim berkaitan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, klik di sini.

Sumber : kwsp

Saturday, March 2

12 februari 2013 - Tragedi Pencerobohan Lahad Datu

Kronologi Pencerobohan lahad Datu


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb – Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan Raja Sulu dari selatan Filipina.

14 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.

16 Feb – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat Kesultanan Sulu dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

18 Feb – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb – Tempoh pengusiran mereka tamat, namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac – Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban, manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac – Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac – Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.

4 Mac – Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac – Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) – Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) – Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac – Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.BERNAMA
-------------------------------

Dua Anggota Vat 69 Terbunuh



AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.


-----------------------------

MAKLUMAT TERKINI: Penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban terpaksa ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Masa ketibaan yang telah dimaklumkan sebelum ini pada jam 9.00 pagi telah diubah seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

----------------------------- 

KEDUDUKAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DIPERKUKUH DAN BERSEDIA

Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan
laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri
ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini.- BERNAMA


----------------------------------

LAHAD DATU - OPS SULU

Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara 3 Mac 2013 (Ahad), menyatakan bahawa dalam OPS SULU ini terdapat 3 kejadian iaitu yang pertama kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana keadaan terkawal dan penceroboh berada dalam kepungan pihak keselamatan kita, PDRM dan ATM berkerjasama untuk menamatkan konflik ini. Setakat ini polis telah berjaya menangkap 3 penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo.

Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak.

Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.

YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah.

Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah.

------------------------------------

ENAM POLIS TERKORBAN, ENAM ANGGOTA KUMPULAN BERSENJATA TERBUNUH DI SEMPORNA

LAHAD DATU, 3 Mac - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam
serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung
Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di media sosial rasmi PDRM," katanya. - BERNAMA


 --------------------------------

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

-------------------------------

5 Mac - PASUKAN KESELAMATAN LANCAR SERANGAN DI KAMPUNG TANDUO - PM

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA


---------------------------- 

KENYATAAN PERDANA MENTERI ATAS SERANGAN DI LAHAD DATU

Putrajaya, 5 Mac - Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa
dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. - Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.- BERNAMA


--------------------------------  

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH


-----------------------------------------

Sumber : https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Friday, February 22

Info - Berita baik Untuk Kakitangan Awam

6:07 AM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-minta-sektor-awam-tunggu-berita-baik-pm-1.133373

Wednesday, February 20

Info - 7,824 siswazah pendidikan ke gred DG41

11:55 PM

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

"Baki 5,033 yang telah memohon jawatan PPPS gred DG41 akan melalui urusan temu duga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semakan maklumat temuduga boleh dibuat oleh setiap siswazah di portal SPP mulai 15 Februari 2013.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pelajaran, sejumlah 2,807 daripada siswazah tersebut akan dilantik sebagai guru interim mulai 1 Mac ini.

"Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di sekolah menengah dan 740 di sekolah kebangsaan.

"Kementerian juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, guru interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai sehingga 30 Mac 2013," jelas kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, baki siswazah berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan 2013 diluluskan oleh pihak agensi Pusat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LSHNMvUs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, February 19

Info - Waspada ejen BL1M


Orang ramai dinasihat berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

“Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya kepada Bernama, semalam.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang semuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata, bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi esok.

Tengku Azman berkata, sehingga 14 Februari lalu lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.
Beliau berkata, Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.

Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato’ Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.
Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta ‘Money Order’ atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato’ Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur. - BERNAMA

Monday, February 18

Info - Golongan muda obses internet berkemungkinan mati otak


London: Seorang pereka cipta terkenal United Kingdom memberi amaran bahawa 'generasi Google' yang bergantung dengan internet untuk semua perkara berkemungkinan 'mati otak.'

Trevor Baylis yang memperkenalkan radio permainan berkata, kanak-kanak kehilangan kreativiti dan kemahiran praktikal akibat menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin.
Pencipta berusia 75 tahun dari barat daya London di Twickenham berkata, beliau bimbang generasi pencipta akan datang bakal hilang kerana golongan muda sering gagal membuat apa saja dengan tangan mereka, lapor akhbar Daily Mail.
Mereka seharusnya menggunakan komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada hari ini yang menghabiskan masa duduk di sana. Mereka terlalu bergantung dengan pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan mati otak," Trevor Baylis, Pereka cipta
Katanya, kanak-kanak bakalmenemui semula kemahiran penting jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti ‘Meccano’ iaitu sistem pembinaan model.

Perlu belajar kemahiran

“Kanak-kanak perlu diajar kemahiran dan bukan terlalu bergantung dengan telefon bimbit atau komputer.

“Mereka seharusnya menggunakan komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada hari ini yang menghabiskan masa duduk di sana.
“Mereka terlalu bergantung dengan pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan mati otak jika mereka terlalu bergantung dengan internet kerana mereka tidak berupaya melakukan sesuatu dengan cara lama,” kata Baylis. - Agensi

sumber berita harian online

Saturday, February 16

Info - 14,492 Graduan Dikecualikan Bayar Hutang PTPTN

KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.

Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas.

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf.

“Pihak kami juga sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada bulan lalu mengenai 4,300 graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi belum membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM116 juta.

Menurutnya, PTPTN mengalu-alukan graduan cemerlang memohon pengecualian bayaran balik hutang pinjaman pendidikan sebagai penghargaan atas kegigihan mereka selain galakan kepada pelajar lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2L4pc8D00
Hakcipta terpelihara

Monday, February 11

info - Melayu Paling Ramai Kaki Judi


KUANTAN - Usaha berterusan pihak polis untuk memerangi kegiatan judi internet di negeri ini tidak akan berkesan  sekiranya orang ramai terutama kaki judi terus mendekati dan ketagih dengan kegiatan itu.

Kegilaan kaki judi untuk ‘kaya’ melalui pertaruhan mereka di premis judi internet ini antara faktor yang mendorong segelintir pengusaha kafe siber sama ada berlesen atau haram mencabar undang-undang dengan menyediakan permainan berunsur perjudian di premis mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, lebih malang lagi, kebanyakan kaki judi yang berkunjung ke pusat-pusat itu adalah orang Melayu beragama Islam.

Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana  ajaran Islam jelas melarang umatnya mendekati atau berjudi.

“Dalam beberapa serbuan yang dijalankan, ada segelintir pekerja atau penjaga premis terlibat juga di kalangan orang Melayu.

“Jika tertangkap penjaga dan pemain akan berdepan hukuman tetapi dalang utama dalam kegiatan itu bergembira dengan pulangan lumayan hasil kegiatan haram yang dijalankan,” katanya.

Sharifuddin berkata, ibu bapa, pihak sekolah dan pemimpin setempat perlu memainkan peranan mendidik terutama generasi muda supaya menjauhi aktiviti perjudian kerana gejala ini bukan sahaja bertentangan dengan syariat tetapi penyumbang kepada perlakuan jenayah yang lebih serius.

“Akibat ketagihan boleh menyebabkan seseorang kaki judi terjebak dengan peminjam wang haram, mencuri, merompak malah ada yang sanggup menggadaikan harta untuk tujuan berjudi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima maklumat berhubung kegiatan ini dan operasi demi operasi secara bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan, syarikat tenaga, syarikat bekalan air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan di seluruh negeri.

“Di Kuantan misalnya, sebanyak 622 serbuan dijalankan dan hasilnya 7,307 set komputer dianggarkan bernilai RM7.3 juta berjaya dirampas tidak termasuk wang tunai RM196,850 sepanjang Januari 2012 hingga 22 Januari tahun ini.

“Dalam tempoh itu, polis Kuantan juga berjaya menahan 2,642 individu termasuk pemain dan penjaga premis untuk siasatan,” katanya. - Sinar harian

Saturday, February 9

Info - 80 jenis elaun penjawat awam dikaji semula


PM dijangka umum perubahan menggembirakan termasuk gaji statik penjawat awam

Labuan: Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela dan menjadi berita gembira kepada mereka.
Sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Beliau berkata, pelbagai persoalan dan permintaan daripada penjawat awam diajukan kepada beliau sejak menjawat jawatan itu, termasuk status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuk perumahan dan tuntutan perjalanan.

Kesamarataan elaun

“Semua ini termasuk sejumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu saja, gaji yang statik turut juga dikaji dan diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sungai Labu di sini, semalam.

Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pemelihara kepentingan awam

Katanya penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, katanya satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.

“Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat.

Perhatian khusus

Katanya penduduk Labuan amat bertuah kerana mendapat perhatian khusus kerajaan dalam Belanjawan 2013 dengan pemberian diskaun 50 peratus bagi tambang penumpang dan kenderaan komersial yang menggunakan perkhidmatan feri.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan melaksanakan projek 1,000 unit rumah mampu milik dan empat projek dengan anggaran kos berjumlah RM165.65 juta untuk mengukuhkan kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai hab minyak dan gas. - BERNAMA

Friday, February 8

Info - Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012


Bonus Jubli Emas TH 2012 adalah bersempena dengan Sambutan 50 tahun penubuhan TH dan ianya merangkumi Bonus Tahunan (6.5%) dan Bonus Khas (1.5%).

Bonus Jubli Emas akan dikreditkan ke akaun pada 10 Februari 2013

Cara Pengiraan bonus Tabung Haji

Bonus Tahunan adalah berdasarkan baki minima bulanan bagi tempoh 12 bulan
tahun semasa.

Cara pengiraan bonus khas adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan bagi tempoh 84 bulan dan didarabkan dengan kadar yang telah ditetapkan.

sumber : http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/424836/PEMBAYARAN%20BONUS%20TABUNG%20HAJI%20%28FAQ%29.pdf

Thursday, September 20

Rancang Kerja Seharian


Keistimewaan berteraskan niat pupuk raca cintakan kebajikan

Setiap hari kita meneruskan kehidupan dengan menunaikan amanah bekerja. Adalah penting bagi kita untuk merencana dan merancang kerja seharian supaya dapat mengambil langkah melonjakkan usaha ke tahap lebih baik bagi mengelakkan berada di takuk lama tanpa penambahbaikan.

Merencana kerja bermaksud menentukan hala tuju dan sasaran yang ingin dicapai dan merancangnya pula bermaksud menentukan cara, tempoh, keutamaan, sumber dan mekanisme untuk mencapainya.

Rencana dan rancang kerja yang baik serta tidak menyalahi hukum syarak adalah suatu kebaikan yang menjadi ibadat bagi umat Islam walaupun belum dilaksanakan. Keunikannya dalam Islam bertujuan memupuk dan melonjakkan rasa cintakan kebaikan.

Penentuan kualiti kerja

Ia terangkum dalam konsep niat yang menjadi prasyarat kepada penerimaan dan penentuan kualiti kerja dalam Islam. Niat adalah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati) untuk melakukan sesuatu bagi memperoleh keredaan Allah SWT.

Imam Nawawi dalam Matan al-Arba’innya telah memulakan dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Saidina Umar bin al-Khattab, Rasulullah bersabda: “Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehnya atau perempuan yang ia ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.”

Kualiti halal

Keutamaan niat dalam gerak kerja Islam menyebabkan Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat hadis ini adalah sepertiga Islam kerana amalan yang dilakukan dengan hati, lidah dan anggota memerlukan niat. Manakala baki dua pertiga lagi terletak pada kualiti halal dan meninggalkan apa yang tidak berguna.

Justeru, rencana dan rancang kerja perlu diniatkan dan niat itu mestilah bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Kata kunci yang menjadikannya istimewa ialah ‘kerana Allah’. Keistimewaan rencana dan rancang kerja berteraskan niat dapat menghasilkan lima impak hebat.

Pertama, impak ganjaran disebabkan tujuan. Contohnya antara iktikaf dan rehat dalam masjid adalah dua gerak kerja yang sama tapi akan memberikan impak berbeza disebabkan oleh niatnya.

Kedua, impak status kerana niat juga membezakan status gerak kerja antaranya mandi wajib dan sunat, solat, sedekah, juga puasa. Ketiga, impak antara adat dan ibadat. Kerja diniatkan untuk memenuhi kesejahteraan pelanggan, nafkah diri dan keluarga mendapat pahala ibadat.

Keempat, impak antara sah dan batal seperti rakaat solat jika salah diniatkan. Kelima, impak kualiti kerja antara yang dikerjakan dengan ikhlas dan jujur dengan sombong dan menunjuk-nunjuk.

Kejayaan duniawi


Oleh itu, jika diniatkan dengan baik dan betul, kita akan mencapai matlamat serampang dua mata iaitu kejayaan duniawi sesuai apa yang telah direncana dan rancang serta kecemerlangan ukhrawi dengan keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan tidak diperintahkan kamu melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan, dan (supaya) mereka mendirikan solat dan memberikan zakat, kerana yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Rencana dan rancang kerja juga merealisasikan tuntutan agama supaya kita menjadi insan lebih cemerlang dengan hasil kerja menjadi lebih berkualiti dari masa ke semasa. Bahkan insan yang mendapat rahmat dari Allah SWT akan berusaha memperbaiki diri apabila sedar wujud kelemahan.

Islam amat menekankan supaya kita berhijrah daripada sesuatu yang tidak baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada cemerlang. Justeru, dalam bekerja, usaha merencana dan merancang untuk penambahbaikan perlu diberikan penekanan.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan ganjaran orang yang memperelokkan amalannya.” (Surah al-Kahfi, ayat 30)

Rencana dan rancang kerja juga memerlukan komitmen tinggi atau jihad. Sabda Rasulullah: “Tidak ada hijrah lagi sesudah kemenangan, tetapi yang ada ialah jihad dan niat dan apabila diperintah kamu keluar, maka keluarlah.”

Justeru, jihad dalam merencana dan merancang perlu usaha secara bersungguh-sungguh melalui perbincangan, ketelitian dalam membuat keputusan membabitkan kepentingan ramai dan untuk jangka masa panjang berdasarkan pengetahuan.

Penulis Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

-berita harian

Saturday, June 25

HARI TERBUKA GLC 24-26 JUN 2011


Hari Terbuka GLC merupakan cetusan idea Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) dalam usahanya untuk terus mendidik orang ramai tentang keunikan peranan yang dimainkan oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

GLIC telah diamanahkan untuk mengurus dana sementara GLC pula terlibat dalam industri utama yang berimpak tinggi dan prestasinya membawa kesan langsung dan tidak langsung kepada ekonomi. GLC berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan, menjana pekerjaan dan menyediakan latihan dan pembangunan. Perjalanan serta pencapaian GLC merupakan sebahagian daripada kejayaan Malaysia.

Di Hari Terbuka GLC, para pengunjung akan berpeluang untuk memahami dengan lebih lanjut tentang bidang perniagaan yang diceburi oleh GLC, meneroka peluang perniagaan dan pekerjaan, serta mengetahui bagaimana GLC telah menyumbang kepada pembangunan negara. Orang ramai turut berpeluang menghadiri forum awam yang akan membariskan pakar-pakar yang mengupas isu-isu yang membawa kesan kepada persekitaran operasi dan ekonomi makro. Hari Terbuka GLC menyasarkan untuk mengakrabkan hubungan GLC dengan orang ramai dan sekali gus mewujudkan kerjasama yang lebih rapat.

LAYARI : http://glcopenday.com.my/learnbm.html

PS : MUNGKIN ADA PELUANG PEKERJAAN DITAWARKAN DISANA :D