Showing posts with label Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Show all posts
Showing posts with label Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Show all posts

Wednesday, February 27

Info Kerjaya - Jawatan Kosong Di PTPTN Mac 2013

Jawatan Kosong Di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Mac 2013

Jawatan Kosong :-

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 (SAMBILAN)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN -PSM-01/1-2005 Pin. 4).

Tarikh tutup bagi permohonan jawatan lantikan sambilan ini adalah pada 01 Mac 2013

Maklumat lanjut sila klik sini
Borang Permohonan klik sini

Saturday, February 16

Info - 14,492 Graduan Dikecualikan Bayar Hutang PTPTN

KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.

Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas.

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf.

“Pihak kami juga sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada bulan lalu mengenai 4,300 graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi belum membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM116 juta.

Menurutnya, PTPTN mengalu-alukan graduan cemerlang memohon pengecualian bayaran balik hutang pinjaman pendidikan sebagai penghargaan atas kegigihan mereka selain galakan kepada pelajar lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2L4pc8D00
Hakcipta terpelihara

Sunday, November 18

Jawatan Kosong Di PTPTN November 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2012 untuk memohon jawatan bertaraf sambilan di PTPTN.

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (SAMBILAN)

Borang permohonan jawatan sambilan dan salinan dokumen yang berkaitan bolehlah dikemukakan di alamat PTPTN :

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang permohona klik sini

Tuesday, November 6

Temuduga Terbuka Di PTPTN November 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 (sambilan) dan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Sambilan) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Tuesday, October 30

Temuduga Terbuka PTPTN November 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (sambilan) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (Sambilan) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :


Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Monday, October 15

Jawatan Kosong Di PTPTN Oktober 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (sambilan) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

1. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (SAMBILAN)


Maklumat lanjut sila klik sini

2. Jawatan Kosong Terkini Di PTPTN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan di pelawa untuk mengisi jawatan kosong di PTPTN seperti berikut :

1. Akauntan
2. Penolong Akauntan
3. Pembantu Akauntan

download borang >> http://www.ptptn.gov.my/docs/Borang%20Permohonan%20Lantikan%20Sambilan%20-%2015102012.pdf

Tarikh tutup permohonan jawatan : 30 Oktober 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Thursday, May 24

Temuduga Terbuka Di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH STPM/Diploma) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

  • 28 Mei 2012 (Isnin) hingga 31 Mei 2012 (Khamis) 
  • Sesi I Pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
    Sesi II Petang : 2.30 hingga 5.00 petang
  • Dewan Besar PTPTN, Tingkat 3A, Wisma Chase Perdana
Maklumat lanjut dan borang permohonan klik sini

Monday, April 16

Jawatan Kosong Di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2012 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut :

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
4. Penolong Pegawai Tadbir N27
5. Pembantu Akauntan W17
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
8. Pembantu Am Pejabat N1

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 26 April 2012.

Calon yang telah mengemukakan permohonan melalui permohonan atas talian (online) perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
  • Borang Perakuan dan Pengesahan Permohonan Jawatan (yang telah dilengkapkan);
  • salinan Kad Pengenalan (disahkan);
  • salinan surat beranak (disahkan);
  • salinan sijil-sijil akademik (sijil-sijil persekolahan) (termasuk sijil berhenti sekolah) (disahkan),
  • transkrip & salinan ljazah/ Diploma/ Sijil (sekiranya berkaitan) (disahkan);
  • Bagi calon lepasan Institusi Pengajian Swasta atau Luar Negara perlu menyertakan salinan pengiktirafan kelayakan ljazah / Diploma yang boleh diperolehi dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam; serta
  • lain-lain dokumen yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Susunan dokumen-dokumen sokongan adalah seperti yang dinyatakan di atas.
Penghantaran salinan dokumen sokongan perlu dikemukakan sebelum atau pada 26 April 2012 di alamat

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR

Sila catatkan jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini


Monday, February 27

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong (psh) PTPTN


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/Diploma yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :


Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia:
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Ekonomi dan
  • Pengurusan Perniagaan serta kepujian dalam Matematik atau/dan Prinsip Akaun di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Sehari : RM72.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari hadir bertugas)

Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 3) yang boleh didapati melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan Sijil-sijil Akademik dan dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan Borang

Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:-
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Surat Beranak pemohon
  • Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya
  • Salinan Ijazah berserta transkrip
  • Lain-lain dokumen sokongan
  • Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon
  • adalah lepasan IPTS)
Catatan : Semua salinan sijil dan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan.

sumber iklan klik sini

Tuesday, February 21

Temuduga Terbuka PTPTN Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (psh)


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

TARIKH/HARI WAKTU TEMUDUGA TEMPAT TEMUDUGA
23 Februari 2012
dan
24 Februari 2012

(Khamis dan Jumaat)
Sesi I (Pagi)
9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi I (Pagi - Jumaat sahaja)
8.30 pagi hingga 12.30 petang

Sesi II (Petang)
2.30 petang hingga 5.30 petang
Dewan Besar, Tingkat 3A,
PTPTN,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Iklan Jawatan / Syarat-syarat Lantikan : klik sini
Borang permohonan jawatan : klik sini