Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2012 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut :
1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
4. Penolong Pegawai Tadbir N27
5. Pembantu Akauntan W17
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
8. Pembantu Am Pejabat N1
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 26 April 2012.
Calon yang telah mengemukakan permohonan melalui permohonan atas talian (online) perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
- Borang Perakuan dan Pengesahan Permohonan Jawatan (yang telah dilengkapkan);
- salinan Kad Pengenalan (disahkan);
- salinan surat beranak (disahkan);
- salinan sijil-sijil akademik (sijil-sijil persekolahan) (termasuk sijil berhenti sekolah) (disahkan),
- transkrip & salinan ljazah/ Diploma/ Sijil (sekiranya berkaitan) (disahkan);
- Bagi calon lepasan Institusi Pengajian Swasta atau Luar Negara perlu menyertakan salinan pengiktirafan kelayakan ljazah / Diploma yang boleh diperolehi dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam; serta
- lain-lain dokumen yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Susunan dokumen-dokumen sokongan adalah seperti yang dinyatakan di atas.
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR
Sila catatkan jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini

0 comments:
Post a Comment