Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/Diploma yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :
Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA
Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- warganegara Malaysia:
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
- Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Ekonomi dan
- Pengurusan Perniagaan serta kepujian dalam Matematik atau/dan Prinsip Akaun di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Sehari : RM72.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari hadir bertugas)
Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 3) yang boleh didapati melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan Sijil-sijil Akademik dan dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan Borang
Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:-
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Surat Beranak pemohon
- Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya - Salinan Ijazah berserta transkrip
- Lain-lain dokumen sokongan
- Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon
- adalah lepasan IPTS)
sumber iklan klik sini


0 comments:
Post a Comment