Showing posts with label psh. Show all posts
Showing posts with label psh. Show all posts

Thursday, March 21

Jawatan Kosong (PSH) Di Jabatan Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan Malaysia


Jawatan Kosong (PSH) Di Jabatan Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Bilangan Kekosongan : 1

Klasifikasi Perkhidmatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Jadual Gaji : RM 54.00 sehari

Syarat-syarat seperti :

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;

iii) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

iv) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

v) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dan berpengalaman dalam :

a) .NET
b) Microsoft SQL Server

Senarai tugas :

1) Merekabentuk dan membangunkan sistem mengikut spesifikasi keperluan
dan menjalankan pengujian sistem

2) Menyediakan dokumentasi sistem.

3) Menjalankan penambahbaikan dan penyelengaraan kepada sistem-sistem
sediada.

4) Memberi bantuan teknikal dan latihan yang diperlukan oleh pengguna.

Cara memohon

Kepada sesiapa yang berminat,sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan, dan surat iringan dengan
menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Hantarkan permohonan di alamat tersebut:

Ketua Pengarah,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Aras 4, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Puan Fathiah binti Imaludden / Encik Johari bin Rahmat)

Tarikh tutup : 31 Mac 2013

sumber : http://www.mohr.gov.my

Monday, February 27

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong (psh) PTPTN


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/Diploma yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :


Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia:
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Ekonomi dan
  • Pengurusan Perniagaan serta kepujian dalam Matematik atau/dan Prinsip Akaun di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Sehari : RM72.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari hadir bertugas)

Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 3) yang boleh didapati melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan Sijil-sijil Akademik dan dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan Borang

Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:-
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Surat Beranak pemohon
  • Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya
  • Salinan Ijazah berserta transkrip
  • Lain-lain dokumen sokongan
  • Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon
  • adalah lepasan IPTS)
Catatan : Semua salinan sijil dan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan.

sumber iklan klik sini

Tuesday, October 11

JAWATAN KOSONG (PHS) DI ANGKASA OKTOBER 2011

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN ANGKASA MALAYSIA OKTOBER 2011

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ingin mempelawa warganegara Malaysia khususnya sekitar Lembah Klang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH) di Planetarium Negara. Maklumat lanjut sila rujuk butiran di bawah :

Jawatan : Juruteknik (J17) dan Pembantu Galeri (S27)
Jabatan : Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara 53 Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Kump. Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Sementara (tempoh kontrak: 3 bulan)

CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my/planetarium atau boleh didapati di Pejabat Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18hb Oktober 2011 (Selasa).

maklumat lanjut dan borang permohonan jawatan kosong di ANGKASA klik sini 

JAWATAN KOSONG (PSH) DI PTPTN OKTOBER 2011

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA DI PTPTN


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk memohon secara atas talian (on-line) bagi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/Diploma.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Oktober 2011 (Selasa).

Syarat permohonan jawatan kosong klik sini
untuk memohon jawatan koosng klik sini