Sunday, January 2

LEMBAGA LADA MALAYSIA - JAWATAN KOSONG JANUARI 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun tetapi tidak melebihi
56 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan bertaraf kontrak dan sambilan di Lembaga
Lada Malaysia seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
2. PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q17
3. JURUTEKNIK GRED J17

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak dan Sambilan
Tarikh Tutup : 14 Januari 2011 (Jumaat, jam 5.00 petang)

Permohonan menggunakan Borang MPB 2 (Pin. 1/2008) boleh diperolehi dari Ibupejabat Lembaga LadaMalaysia, Lot 1115 Jalan Utama, Pending, 93450 Kuching dan pejabat cawangan di Sibu, Sarikei, Sri Aman,Serian, Betong, Bintangor, Miri, Bintulu dan Johor Bahru. Maklumat iklan jawatan kosong, senarai tugas setiap jawatan dan borang permohonan jawatan juga boleh dimuat turun dari laman web kami di www.mpb.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik sebagaimana syarat kelayakan dan tulis jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul dan dialamatkan kepada:
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(u/p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
Bagi jawatan-jawatan di Sarawak, sesi temuduga akan dijalankan di Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia
di Kuching, manakala jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q17 di Johor Bahru, sesi temuduga akan
dijalankan di Pejabat Wilayah Johor Bahru. Permohonan yang diterima lewat dan tidak lengkap akan ditolak.

MAKLUMAT JAWATAN KLIK SINI
BORANG PERMOHONAN KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment