Wednesday, March 16

JAWATAN KOSONG 2011 DI MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah :-

  1. PEGAWAI PENGUATKUASA (TETAP)
  2. PEGAWAI TADBIR (TETAP)
  3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN
  4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
  5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (TETAP)
  6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
  7. TUKANG K2
TARAF JAWATAN : TETAP DAN KONTRAK

CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau mengambilnya sendiri di Pejabat (Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan), MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu www.mpjbt.gov.my

ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertai salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH,
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU.
Sebelum atau pada :- 28 MAC 2011


SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

0 comments:

Post a Comment