Thursday, March 17

KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI ARKITEK LANDSKAP DI DBKL

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

  1. ARKITEK LANDSKAP J41  KONTRAK
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Klasifikasi : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED J41: P1T1 RM 2088.25 – P1T23 RM 4721.03

CARA MEMOHON

(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my.
(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak kelulusan di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my
(iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran passport.


Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
Sebelum atau pada : 31 Mac 2011 (Khamis)




SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

0 comments:

Post a Comment