Thursday, April 7

JAWATAN KOSONG APRIL 2011 I JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR | IKLAN JAWATAN GURU TABIKA PERPADUAN GRED S17 (KONTRAK)

IKLAN JAWATAN GURU TABIKA PERPADUAN GRED S17 (KONTRAK) JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR



Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  1. terdiri daripada Warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan
  3. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik sama ada memiliki kelulusan SPM / SPM(V)
    SPVM atau setaraf dengannya dan memiliki kepujian Bahasa Melayu serta Lulus Ujian Lisan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi
di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan seperti dibawah hendaklah disertakan
bersama-sama borang permohonan:

a) Kad Pengenalan;
b) Sijil Berhenti Sekolah;
c) Sijil Peperiksaaan SPM

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan bersama-sama dokumen-dokumen yang
telah disahkan mestilah sampai sebelum atau pada 15 April 2011 ke alamat seperti berikut:-
Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 1, Wisma Mirama,
Jalan Wisma Putra,
50460 Kuala Lumpur

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 April 2011

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI


SENARAI JAWATAN KOSONG 2011 TERKINI

0 comments:

Post a Comment