Friday, May 6

jawatan kosong 2011 sebagai PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT di PKNP

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG (PKNP)
Permohonan adalah dipelawa bagi calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29.

Jadual Gaji Matriks Gred F29
P1 T1 RM1544.86 - P1 T21 RM3034.66
P2 T1 RM1615.95 - P2 T21 RM3237.37
P3 T1 RM1690.06 - P3 T21 RM3415.79 

SYARAT LANTIKAN:

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut:
i. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya satu tahun di dalam pembangunan sistem yang berasaskan teknologi web terutama PHP dan MySQL serta mempunyai personality dan interpersonal skill yang baik.
5. Fungsi Bidang Tugas: Bertanggungjawab membangunkan program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PKNP www.pknp.gov.my
2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mei 2011.
3. Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment