Tuesday, May 3

jawatan kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) may 2011

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami menyediakan program pelajaran kepada anggota-anggota koperasi disamping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kami seperti berikut :

1. KERANI

Kelayakan dan Pengalaman
Sekurang-kurangnya SPM / SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Berpengalaman dalam penggunaan komputer.

Bidang Tugas
Menjalankan tugas-tugas perkeranian.

2. PEMBANTU AM

Kelayakan dan Pengalaman
Sekurang-kurangnya SRP / PMR dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau kelayakan yang berkaitan dengan jawatan dan setaraf dengannya.

Bidang Tugas
Mengemaskini rekod penyimpanan fail, menyimpan dokumen berkaitan ke dalam fail, mengedar dan pos surat, pekeliling, dokumen bayaran bil serta menjalankan pembersihan pejabat dan peralatannya sentiasa bersih, kemas dan teratur.

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau e-mel : sumber@angkasa.coop
selewat-lewatnya pada 7 Mei 2011

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

0 comments:

Post a Comment