Kursus Sijil Separuh Masa Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (Single Phase)
Pengenalan
Kursus ini dijalankan secara separuh masa pada hujung minggu di ILP Jitra. Tempoh kursus ialah selama 6 bulan di mana pada penghujung kursus peserta akan menduduki peperiksaan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi melayakkan mereka untuk dianugerahkan sijil kekompetenan PW2 dari pihak suruhanjaya.
Objektif
Kursus ini bertujuan membeli latihan secara formal kepada individu yang telah pun mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pendawaian elektrik. Setelah mengikuti kursus ini, peserta seharusnya mampu untuk:
• Melakukan pendawaian elektrik dengan sempurna.
• Memahami sistem pendawaian elektrik satu fasa.
• Mematuhi akta dan peraturan berkaitan pendawaian elektrik.
Kumpulan sasar
Kursus ini sesuai bagi individu yang sedang berkhidmat dengan syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan pihak ST.
Prasyarat Mengikuti Kursus
Individu yang berminat menyertai kursus ini hendaklah memenuhi prasyarat seperti berikut:
• Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
• Telah berkhidmat dengan kontraktor elektrik selama sekurang-kurangnya 2 tahun
• Mempunyai bukti caruman KWSP dan PERKESO
• Memiliki buku log pengalaman kerja selama 2 tahun
Kandungan Kursus
1. Akta dan peraturan elektrik
2. Pertolongan cemas
3. Pengetahuan asas elektrik
4. Sistem pendawaian elektrik
5. Litar – litar elektrik
6. Jenis – jenis kabel elektrik
7. Sistem pembumian
8. Sistem perlindungan kilat
9. Rekabentuk elektrik
10. Alat perlindungan litar
11. Perkakas suis & papan agihan (SPN)
12. Alat uji dan pengujian
13. Alat – alat pengukur kuantiti elektrik
14. Radas – radas elektrik
Kaedah Latihan
Latihan akan disampaikan melalui kombinasi antara syarahan teori, demonstrasi dan latihan praktikal. Latihan teori akan dijalankan di dalam kelas dan praktikal akan dijalankan di bengkel.
SILA KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Monday, May 30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...
0 comments:
Post a Comment