Saturday, August 13

JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR DI KTMB


KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. Syarikat ini mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN (OPERASI)  – Lelaki Sahaja –

SYARAT KELAYAKAN
  • Berumur di antara 22 - 35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas
  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik dari institusi-institusi pengajian yang diiktiraf adalah satu kelebihan.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.

DESKRIPSI TUGAS
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas - tugas perkeranian /pengoperasian selaras dengan fungsi tugas Jabatan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pemeriksaan / mengawal pengoperasian medan letak kereta, menyediakan laporan , bancian dan sebagainya.

IMBUHAN / ELAUN :
  • Selain daripada gaji bulanan, elaun kawasan akan dibayar kepada calon yang layak.

CARA MEMOHON
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 
  • Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
  • Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya. 
Tarikh Tutup Permohonan Jawatan pada 19 ogos 2011

Permohonan dipos ke alamat berikut:-
KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.,
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi,Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.

Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470
Sumber

0 comments:

Post a Comment