Wednesday, August 3

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI JAIK

Iklan Kekosongan Jawatan untuk Gred DG41 (sementara)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara) di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BIL BIDANG KEKOSONGAN
1 TAHFIZ AL-QURAN 3
2 PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB 3
3 AKADEMIK 3

SYARAT KELAYAKAN

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Sains / Sastera yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PPP/PDDK/2011 yang boleh dimuat turun melalui laman web : www.jaik.gov.my atau dapatkannya di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR.
TEL : 604-7745400


Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di alamat berikut ;

PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR. (U.P.: BAHAGIAN PENDIDIKAN)


Tarikh Tutup Permohonan Jawatan : 21 ogos 2011

maklumat lanjut jawatan, sumber jawatan, dan borang jawatan kosong klik sini

0 comments:

Post a Comment