tadi saya baru baca satu post di forum wangcyber menarik untuk dikongsi di sini .. jom layan
Tiada Pekerjaan Unggul, Yang ada cuma KEPUASAN dan KESERONOKAN
1. Kawan saya terbang ke Itali sebagai seorang Engineer.. Wah.. Itali tu, Seorang lagi ke Dubai… Wah,
Dubai tu.. Sebagai seorang engineer juga. Apa di fikiran? Bestnya pergi
oversea, seronoknya merantau di Negara orang, banyak nya gaji.
Kawan-kawan, itu hanyalah imaginasi sahaja, kita akan membuat terus
kesimpulan melalui imaginasi kita dengan membayangkan sesuatu yang
baik/seronok yang bukan pencapaian kita dan tiba-tiba terbit satu suara
di dalam hati berbunyi “kalaulah aku dapat pergi ke Itali dan Dubai,
alangkah bestnya hidup”.
2. Apa yang kita tak tahu ialah mungkin kawan saya itu rindu masakan
Malaysia, mungkin dia tak banyak kawan di sana, mungkin dia rindukan
kucing dia, mungkin segala-galanya mahal dan bermacam-macam lagi yang
kita tidak tahu dan tidak mahu tahu. Nah, sekarang bagaimana? Bukan
dengki dengan kawanku tapi apa yang ingin saya katakan di sini ialah
TIADA PEKERJAAN UNGGUL, YANG ADA CUMA KEPUASAN DAN KESERONOKAN. Kalau
kawanku bahagia di Itali, di Dubai, saya turut gembira.
3. Mudah sahaja kalau kita ingin tahu apa yang kita lakukan hari-hari
itu adalah perkara yang seronok atau tidak. Pernah saya bertanya pada
ibu mengenai kerja (Oh.. ibu saya seorang jururawat):
Aku : Hari-hari dok bangun pagi-pagi, pergi kerja buat benda sama, tak boring ke Ibu?
Ibu : Tak (Ibu telah bekerja hampir 30 tahun sebagai seorang jururawat)
Aku : Kenapa? boring la hari-hari bangun pagi, pergi kerja..
Ibu : Kalau bangun pagi-pagi dah rasa boring, malas.. tu namanya kita
tak seronok dengan kerja kita, sebenarnya nama saja kerja tapi
sebenarnya itu adalah KEHIDUPAN. Guna istilah KEHIDUPAN rasanya lebih
bagus daripada guna perkataan KERJA. Sebab perkataan kerja sering
dianggap seperti beban.
Aku : Maksudnya?
Ibu : Sekiranya Kerja sudah tidak dianggap seperti bebanan, semua
perkara berkaitan kerja akan menjadi satu perbuatan ikhlas dan yang
seronoknya itulah kehidupan. Bila kita lakukan dengan ikhlas, akan
timbul satu kepuasan. Bila kita puas, kita lebih gembira.
4. Hidup di dunia ini hanya sekali sahaja, tak bolehkah kita
menghabiskan masa-masa kita di dunia membuat perkara yang kita SUKA DAN
SERONOK DIBUAT. Janganlah menyalahkan diri sendiri (bila umur sudah
mencapai 50tahun , duduk di tepi beranda rumah) dan mengatakan, aku sepatutnya buat itu 25tahun lalu.
Oleh yang demikian, sekiranya anda seronok dan puas dalam menjalankan
kerja anda sekarang (sudah tentu anda seorang IMer). Maka ketahuilah
kawanku bahawa anda sedang mendaki sebuah gunung yang penuh dengan
warna-warna kehidupan. Alaminya dan berseronoklah dengannya.
Semoga anda lebih gembira.
kredit to : nor azreen
Saturday, September 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...
0 comments:
Post a Comment