Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.
Tujuan utama program ini adalah untuk :
- Mendedahkan dan memadankan kumpulan sasaran akan peluang-peluang kerjaya setempat dan di Iskandar Malaysia.
- Program keusahawanan serta peluang-peluang penjanaan pendapatan melalui perniagaan kecil dan sederhana.
- Peningkatan kemahiran dan latihan semula.
- Perkongsian maklumat dalam usaha membentuk sebuah masyarakat maju dan berpendapatan tinggi di Negeri Johor.
maklumat lanjut sila klik sini
0 comments:
Post a Comment