Wednesday, November 23

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED) PUSAT PENGAJIAN IJAZAH


IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR JANUARI 2012

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)
b) Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
c) Sihat tubuh badan
d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.
e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
f) Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.
g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 04 /01/2012 hingga 22/01/2012 :termasuk Sabtu & Ahad)

3. Kadar Elaun – RM4.00 sejam (7.30 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di www.ined.uitm.edu.my atau di:

PUSAT PENGAJIAN IJAZAH
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
DW2, INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTER
40000 UiTM SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(PN AZLINDA: 5522 5339/ EN ASWAD : 55225238)

5. Tarikh tutup permohonan :
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 09 DISEMBER 2011

borang permohonan jawatan kosong sila klik sini
sumber iklan jawatan kosong www.ined.uitm.edu.my

0 comments:

Post a Comment