Friday, November 18

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEGAWAI PENGUATKUASA - GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – GRED N27
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) – GRED N17
5. PEMBANTU PERTANIAN – GRED G17
6. PELUKIS PELAN – GRED J17
7. TUKANG K3 (TUKANG CAT) – GRED R9

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja mulai 16hb. November 2011 (Rabu). Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ (www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :-

(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-
DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30HB. NOVEMBER 2011 (RABU)

maklumat lanjut iklan jawatan dan borang permohonan jawatan kosong sila klik sini

0 comments:

Post a Comment