Wednesday, November 16

JAWATAN KOSONG DI MPKJ


Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia (keutamaan warga selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kotrak seperti berikut di Majlis Perbandaran Kajang

1. Penolong Juruukur Bangunan / Penolong Pegawai Senibina ( J29 )
2. Juruteknik Senibina ( J17 )
3. Pekerja Awam ( R1 )

Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

Alamat permohonan :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Perjawatan )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23HB NOVEMBER 2011

maklumat lanjut iklan jawatan kosong dan borang permohonan sila klik sini

0 comments:

Post a Comment