Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang BERKELAYAKAN SAHAJA bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : -
1. JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)
BAGI SUBJEK BERIKUT :-
Bahasa Inggeris
Sains
Bahasa Arab
Kemahiran Hidup Bersepadu
2. PENEMPATAN :
Semua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu
3. TARAF JAWATAN : Sandaran
4. * KADAR ELAUN BULANAN
Kelayakan
|
Gred/Elaun
|
Tangga Elaun
|
Ijazah Kepujian
|
DC 41
|
P1T5 RM1,653.73 – T10 RM2,046.98
|
* Tertakluk kepada perubahan Skim Perkhidmatan serta pindaan dari semasa ke semasa.
5. SYARAT LANTIKAN :
- Terdiri daripada warganegara serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
- Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
- Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
- Mempunyai kepujian Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain.
- Bagi lantikan guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Ugama Islam Tinggi atau Empat Thanawi atau setaraf dengannya.
- Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan.
6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
7. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah melalui dibuat secara atas talian (online) SAHAJA.
Klik --> Borang Permohonan Online
8. SEMAKAN PERMOHONAN
Semakan dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat pada bila-bila masa di bahagian "SEMAKAN PERMOHONAN" sehingga tarikh tutup.
Klik --> Semakan Permohonan
Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan. Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Januari 2012.
- Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem on-line diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon
- Pastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan.
- Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
- Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
- Calon boleh menghubungi terus Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian berikut : 09-6221733 samb. 313,314,315 ATAU emailkan kepada upjwtn@ytrg.terengganu.my bagi sebarang pertanyaan mengenai jawatan.

0 comments:
Post a Comment