Friday, January 20

Jawatan Kosong Di PERHEBAT Februari 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai :-

JAWATAN :

1. Pegawai Hal Ehwal Agama – Gred 21P (1 Kekosongan)
2. Pengajar Keselamatan & Kesihatan (SHO) – Gred 19P (1 Kekosongan)
3. Pengajar Percetakan– Gred 19P (1 Kekosongan)
4. Penolong Pegawai Pusat Sumber – Gred 19 (1 Kekosongan)

SYARAT KELAYAKAN :

(PEGAWAI HAL EHWAL AGAMA – GRED 21) :
i. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; dan
iv. Mempunyai kemahiran 'interpersonal' yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 30 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



(PENGAJAR KESELAMATAN & KESIHATAN – GRED 19P) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan Profesional atau Institusi yang diiktiraf oleh kerajaan;
ii. Telah mengikuti kursus dan lulus peperiksaan Keselamatan dan Kesihatan yang diiktiraf JKKP;
iii. Telah mengikuti kursus Train the Trainer dari institut yang diiktiraf oleh kerajaan;
iv. Telah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); dan
v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 30 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak


(PENGAJAR PERCETAKAN – GRED 19P) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang Pereka Grafik (F-031- 3) beserta pengalaman dalam bidang tersebut selama 5 tahun;atau
ii. Mempunyai Diploma Rekabentuk Grafik atau setaraf dengannya oleh kerajaan;
iii. Mempunyai Sijil Pegawai Latihan Vokasional (Vocational Technical Officer) – VTO; dan
iv. Mempunyai kemahiran 'interpersonal' yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur tidak kurang dari 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak

(PENOLONG PEGAWAI PUSAT SUMBER – GRED 19) :

i. Memiliki kelulusan STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. Mempunyai Diploma Sains Perpustakaan dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; dan
iv. Mempunyai kemahiran 'interpersonal' yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur tidak kurang dari 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak 


Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :-

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh
Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran)

dan hendaklah sampai pada atau sebelum 10 Februari 2012
. Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat. Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.

sumber iklan jawatan dan maklumat lanjut sila klik sini

0 comments:

Post a Comment