Friday, January 20

Jawatan Kosong Pengurus Koperasi ALUMNI UTHM Johor Berhad


Koperasi Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Berhad mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus Koperasi Alumni UTHM Johor Berhad secara KONTRAK SEPENUH MASA berdasarkan maklumat dan kelayakan berikut;

Syarat Pemohon
  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada semua (Alumni UTHM yang berkelayakan digalakkan untuk memohon).
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya STPM/Diploma (Lepasan SPM dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun boleh memohon).
  • Mempunyai pengetahuan/kepakaran dalam pengurusan fail dan akaun
  • Berumur sekurang-kurangnya lebih dari 21 tahun dari tarikh memohon

Kelayakan Tambahan
  • Memiliki Kenderaan dan Lesen Memandu B2/D.
  • Bersikap proaktif dan berkeupayaan menguruskan projek perniagaan.

Cara Memohon


Sila emelkan resume/CV atau hantar terus ke;

Lembaga Pengarah Koperasi Alumni UTHM Johor Berhad
d/a Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja Batu Pahat Johor.
Tel :07-453 7876
Emel : zulfadli@uthm.edu.my


Sebelum atau pada 31 Januari 2012 (Selasa)

Keterangan Am

Waktu Bekerja * : 8.30 pagi - 5.30 petang (Isnin - Khamis) : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari (Jumaat dan Sabtu)
Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga Pemohon-pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Facebook Rasmi Alumni UTHM (www.facebook.com/uthma) dan laman web CARE UTHM (http://alumni.uthm.edu.my)

sumber iklan sila klik sini

0 comments:

Post a Comment