Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:
JAWATAN : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
BIL. KEKOSONGAN : 2
TEMPAT KEKOSONGAN : KOLEJ KOMUNITI MAS GADING, BAU
TARAF JAWATAN : KONTRAK (BERGAJI HARI)
SYARAT PERMOHONAN : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Bermastautin di Sarawak;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
- Calon-calon dari bahagian Bau dan daerah yang berdekatan adalah diutamakan;
- Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PENGALAMAN : Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam urusan surat-menyurat dan menguruskan sistem fail.
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bersama maklumat peribadi berbentuk resume, salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan berserta dengan gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan) dalam sampul surat yang bertanda "Jawatan Kosong" kepada:
Kolej Komuniti Mas Gading
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Peti Surat 211
Pejabat Pos Bau
94007 Bau
SARAWAK
Tel : 082-763730
Faks : 082-763731
Surat permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 10 FEBRUARI 2012 (JUMAAT). TEMPOH PERKHIDMATAN ADALAH MAKSIMUM 3 BULAN SAHAJA
*(Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga)
Maklumat lanjut sila klik sini

0 comments:
Post a Comment