Tuesday, February 28

Jawatan Kosong Di Universiti Malaya



iklan kekosongan jawatan di Universiti Malaya

Kumpulan Pengurusan dan Profesional



Bil. Jawatan Gred Tarikh Tutup
Jawatan 1 : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 05/03/2012
Jawatan 2 : PEGAWAI TADBIR N41 05/03/2012
Jawatan 3 : PUSTAKAWAN S41 05/03/2012



Kumpulan Sokongan



Bil. Jawatan Gred Tarikh Tutup
Jawatan 1 : JURUTEKNIK J17 05/03/2012
Jawatan 2 : PEMBANTU KESELAMATAN KP17 05/03/2012
Jawatan 3 : PENGAWAL KESELAMATAN KP11 05/03/2012
Jawatan 4 : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17 05/03/2012
Jawatan 5 : PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27 05/03/2012
Jawatan 6 : PENOLONG PEGAWAI SAINS C27 05/03/2012
Jawatan 7 : PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 05/03/2012


TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :
Kelayakan akademik yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

1. Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap secara online dengan melayari http://e-recruitment.um.edu.my/, termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda berbuat demikian atau permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau permohonan selain daripada online atau didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

2. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Swasta perlu mengisi Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y (yang boleh diperolehi daripada http://e-recruitment.um.edu.my) dan menghantarnya ke alamat berikut selewat-lewatnya 12.03.2012 :

Ketua Penolong Pendaftar (Pelantikan)
Bahagian Sumber Manusia
Aras 6, Bangunan Canseleri
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Catatan : Sila tulis nama penuh dan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat

3. Calon yang dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga;
(a) Resume (sila cetak dari e-recruitment)
(b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal.
(c) Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 05.03.2012

maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini

0 comments:

Post a Comment