Thursday, March 8

Jawatan Kosong Di SME Corp Malaysia


Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

1. Timbalan Pengarah, Gred 5 (Gred setara E52)
2. Pengurus Kanan, Gred 6 (Gred setara E48)
3. Pengurus (Undang-Undang), Gred 7 (Gred setara L44)
4. Penolong Pengurus, Gred 8 (Gred setara E41)
5. Pegawai Eksekutif, Gred 11 (Gred setara F29)
6. Pegawai Eksekutif, Gred 11 (Gred setara W27)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Level 6, SME 1, Blok B, Lot E
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my tanpa perlu disertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan sijil-sijil lain yang berkaitan). Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen ini perlu dibawa bersama semasa sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan : 22 Mac 2012

maklumat lanjut iklan sila klik sini

0 comments:

Post a Comment