Kompleks Darul Hidayah (Pusat Bimbingan Saudara Kita), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon jawatan sebagai Guru Kelas Bimbingan Saudara Kita.
Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT) merupakan kelas khusus kepada golongan saudara kita di negeri Terengganu.
Kelas ini bermatlamat memberikan pendidikan fardhu ain secara teori dan praktikal kepada saudara-saudara kita di negeri Terengganu.
Calon-calon hendaklah :
- Warganegara Malaysia Catatan : Warganegara asing bagi yang berkenaan sahaja.
- Sihat fizikal dan mental
- Berumur tidak melebihi 60 tahun pada 1 Januari 2012. Catatan : Calon yang melebihi umur 60 tahun perlu mendapat sokongan daripada Pegawai Agama Daerah dan dipersetujui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
- Memiliki kelulusan agama Islam dan akademik yang baik serta sijil-sijil sokongan adalah satu kelebihan.
- Tidak mempunyai rekod jenayah syariah dan sivil.
Kompleks Darul Hidayah
(Pusat Bimbingan Saudara Kita)
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
No. Tel. : 09-622 1300
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 April 2012 (Ahad).
maklumat lanjut sila klik sini
sumber maidam : http://maidam.terengganu.gov.my

0 comments:
Post a Comment