Tuesday, March 6
Jawatan Kosong Sebagai Pegawai Penyelidik Di UTM
Nama Jawatan : Pegawai Penyelidik
Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Skim Perkhidmatan : Pegawai Penyelidik
JADUAL GAJI Gred Q41 :
P1T1 RM1899.01 - P1T25 RM4715.47
P2T1 RM1995.02 - P2T25 RM4988.08
P3T1 RM2095.21 - P3T25 RM5284.57
Elaun Berkaitan
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM250.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal 5% dari gaji pokok
Bantuan Sara Hidup JB/KL RM200.00/RM300.00
SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : P1T1 RM1899.01); atau
(ii) Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : P1T2 RM1990.85); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : P1T3 RM2082.69); atau
(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : P1T5 RM2266.37); atau
(v) Ijazah sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : P1T6 RM2358.21); atau
(vi) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : P1T9 RM2633.73); dan
(vii) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
LANTIKAN TERUS KE GRED Q43, Q47, Q51 atau Q53
3. Calon adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Gred Q47, Gred Q51 atau Gred Q53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; dan
(b) telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D)
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
4. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred Q41, Q43, Q47, Q51 atau Q53 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan.
TARAF JAWATAN DAN LOKASI
Jawatan Pegawai Penyelidik adalah bertaraf Tetap/Kontrak.
Lokasi jawatan adalah di kedua-dua kampus UTM Johor Bahru/UTMIC Kuala Lumpur.
* Walau bagaimanapun calon yang berjaya boleh ditempatkan dimana-mana kampus mengikut keperluan.
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun.
ii) Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang memiliki kriteria berikut:
1) Kelayakan akademik dalam bidang Kejuruteraan Proses, Teknologi Makanan, Mikrobiologi, Kimia, Farmasi Biologi dan Kejuruteraan Komputer.
2) Pengalaman bekerja dimakmal bertaraf MSISO 17025 atau terlibat dalam penyelidikan kontrak bersama pihak industri.
3) Berkebolehan menulis dan menerbitkan jurnal berimpak faktor hasil dari penyelidikan yang dijalankan.
CARA DAN PERATURAN MEMOHON
1) Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web utm.
2) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
3) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja kan dipanggil untuk temuduga.
4) Salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga.
5) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya.
tarikh tutup permohonan 13 mac 2012
Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...

0 comments:
Post a Comment