Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.
PEMILIHAN AWAL CALON PERAJURIT MUDA (PTM) LELAKI DAN WANITA TENTERA LAUT D IRAJA MALAYSIA (TLDM) SIRI 207/2012 DI SELURUH NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA
Kelayakan :
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan - Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota
- Berat badan minima 49 kg (Lelaki) 40.5 kg (Wanita),
- tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita)
- Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita)
- Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja).
- Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03-20713177/6925
sumber iklan : www.navy.mil.my


0 comments:
Post a Comment