Monday, April 16

Jawatan Kosong Penyelia Tapak Di Uda Holding


UDA Holdings Berhad mempelawa calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

PENYELIA KERJA TAPAK (Kontrak) (3 kekosongan)
Lokasi : Setiu, Terengganu; Jeli, Kelantan dan Rompin, Pahang

Calon-calon mestilah memiliki kelayakan berikut:
  • SYARAT KELAYAKAN
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil/Diploma Kejuruteraan (Awam) atau setara.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja-kerja di tapak pembinaan dan mahir dalam urusan kontrak.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Berkebolehan membantu SO menyelesaikan masalah di tapak bina.
  • Berkeupayaan bekerja secara bersendirian/berkumpulan dan mengetahui tatacara berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Berkebolehan di dalam menyediakan laporan dan mengawal kemajuan projek.
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan undang-undang bangunan mengikut kehendak PBT.
SKOP KERJA
  • Menyelia kerja-kerja berkaitan (awam, struktur dan bangunan) sepertimana di dalam spesifikasi.
  • Memastikan kerja yang dilaksanakan mengikut lukisan pelan yang telah diluluskan.
  • Menyediakan laporan dan mengawal kemajuan projek.
  • Membantu Jurukur Bahan dalam menyediakan penilaian kemajuan projek.
  • Membuat semakan dan menyediakan senarai kecacatan sebelum membuat serahan semula tapak.
  • Bertanggungjawab memantau kerja-kerja membaiki kecacatan semasa dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP).
  • Melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh SO dari semasa ke semasa.
  • Membuat semakan ke atas Bill of Quantity (BQ), Spesifikasi dan Preliminaries.
  • Bertanggungjawab memaklumkan kepada perunding sekiranya terdapat perbezaan.
Hatar permohonan anda ke :-
NAIB PRESIDEN KANAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UDA HOLDINGS BERHAD
BB PLAZA, PETI SURAT 10080, 50704 KUALA LUMPUR
atau e-mel kepada syahfina@udanet.com atau ikhwan@udanet.com
( Hanya calon-calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga )

tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2012.

maklumat lanjut sila klik sini

0 comments:

Post a Comment