JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
GRED : F29
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
STATUS : TETAP
JADUAL GAJI METRIK : P1 RM1745.69 – RM3574.17
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institutsi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan sistem dan penyelenggaraan infrastruktur ICT sekurang-kurangnya 3 tahun. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sijil-sijil professional di dalam bidang ICT.
Pemohon perlu mengisi borang permohonan jawatan kosong dan sertakan salinan sijil-sijil akademik berkaitan dan hantar permohonan kepada:
Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000
Kajang, Selangor.
Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my.
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada hr@miros.gov.my.
Tarikh tutup permohonan pada 25 Jun 2012.
Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan
tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.
borang jawatan kosong sila klik sini
iklan jawatan klik sini

0 comments:
Post a Comment