Saturday, August 18

Jawatan Kosong Di UNISEL September 2012


Universiti Selangor kini sedang didalam proses untuk menyelaraskan perjawatan staf berdasarkan kelayakan akademik dan kekosongan jawatan sediaada. Pemohon adalah dipelawa daripada calon yang layak dari kalangan staf pentadbiran Universiti Selangor (staf dalaman) untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pendaftar (Gred N41).

Calon-calon hendaklah memenuhi kriteria berikut :-

Syarat – syarat umum :
a) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan;
b) Staf pentadbiran yang sedang berkhidmat di Unisel (termasuk staf sementara, staf kontrak, staf tetap);
c) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun berkhidmat di Unisel;
d) Markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 80% ke atas;
e) Tiada masalah disiplin sepanjang perkhidmatan;
f) Mendapat sokongan Dekan Fakulti / Ketua Jabatan.

Cara memohon :
a) Pemohon yang berminat hendaklah menyertakan sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI
b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-

Pengurus Besar,
Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia,
Universiti Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor
U/P : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan

Tel : 03-3280 5058 /5077

Tarikh tutup permohonan :
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 14 September 2012.

Catatan Am :
a. Staf yang memenuhi syarat dan kelayakan di atas sahaja akan disenarai pendek.
b. Pengisian jawatan adalah tertakluk kepada kesesuaian calon serta juga perakuan oleh Panel Pemilih.

sumber iklan :  http://www.unisel.edu.my

0 comments:

Post a Comment