Thursday, September 6
Jawatan Kosong Di UTM September 2012
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
Gaji : P1 RM1,361.14 - RM3,565.62
P2 RM1,439.77 - RM3,775.97
P3 RM1,521.80 - RM3,992.94
Syarat Lantikan :
a) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred P1: RM1,361.14]; atau
b) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred P1: RM1,361.14]; atau
c) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
d) Graduan yang baru menamatkan pengajian digalakkan untuk memohon.
e) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang :
· Mahir dalam perisian excel dan access
· Boleh bekerja di dalam tekanan yang tinggi
· Berkebolehan mempelajari proses kerja sedia ada dengan pantas.
f) Warganegara Malaysia
g) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM dengan klik : BORANG PERMOHONAN
b) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon.
c) Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN
Permohonan hendaklah sampai kepada :
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR
Tarikh Iklan : 4 September 2012
Tarikh Tutup : 17 September 2012
NOTA :
a) Taraf jawatan adalah SEMENTARA.
b) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.
c) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sumber iklan >> http://web.utm.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...

0 comments:
Post a Comment