Sunday, October 14

Jawatan Kosong Di MPKJ Oktober 2012


PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA ( KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR ) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK / TETAP SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. AKAUNTAN ( W41 )

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) warganegara Malaysia ;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) i) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada instiusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8 ) ; atau
ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8 ) ; atau
iii) ijazah sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9 ) ; atau
iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia ( Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10 ) ; ( Senarai Bandan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 1(c) (ii)
dan (iii) di atas adalah seperti di Rujukan 1 )

FUNGSI BIDANG TUGAS :

Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit. Amanah dan penyediaan laporan tahunan

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran
Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian
melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran
Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun
dari laman web www.mpkj.gov.my.

Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan,
Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua
dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi megelakkan keciciran / kehilangan
dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Alamat permohonan :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24HB OKT 2012 ( RABU )

Borang permohonan jawatan sila klik sini
maklumat lengkap jawatan sila klik sini

0 comments:

Post a Comment