Thursday, October 25
Program Pembangunan Usahawan Yayasan Pahang
Program Pembangunan Usahawan Global Yayasan Pahang mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan dijalankan secara selari dan sebagai nilai tambah kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang sedang mengikuti Pengajian Islam di Mesir .
Kini sebagai satu dimensi baru dan untuk membangunkan lebih ramai usahawan, Yayasan Pahang dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan berkerjasama untuk menjalankan Program Pembangunan Usahawan YP-MTDC SimbiosisTM khusus untuk Anak Pahang bagi mengkomersilkan hasil penyelidikan tempatan.
Program ini akan menghasilkan usahawan tekno yang bakal menyumbang kepada ekonomi berimpak tinggi dan menjana perkembangan pendapatan yang tinggi selaras dengan dasar-dasar terkini. Program ini merupakan yang pertama seumpamanya dijalankan di peringkat negeri.
Calon-calon yang terpilih akan mengikuti Induksi Khusus dan latihan teknologi, pengkomersilan teknologi, tekno-prenur dan “team building”. Calon – calon yang terpilih juga akan ditempatkan di Inkubator Teknologi untuk membangunkan syarikat baru dan untuk pemindahan teknologi dan pengeluaran prototype pasaran. Seterusnya pengeluaran skala pasaran dan penembusan pasaran awal akan dilakukan.
Yayasan Pahang mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon mengikuti program Pembangunan Usahawan YP-MTDC SimbiosisTM untuk menjadi usahawan tekno.
Kelayakan Memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti yang berikut:
a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang
b. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
2. Serta memenuhi kriteria seperti berikut :
a. Berkelulusan diploma atau ijazah sarjana muda di IPTA/S di dalam negara/luar negara dalam
mana–mana bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.
b. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ini.
c. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
d. Mempunyai sahsiah yang baik dan memiliki personaliti unggul.
e. Bersedia menyahut cabaran.
Tarikh tutup permohonan : 9 November 2012 (Jumaat)
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang YP di alamat www.yp.org.my dan dilengkapkan serta dihantar ke YP berserta dokumen berkaitan
yang telah disahkan.
Keterangan lanjut
Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-518 1800 Faks: 09-518 1888
(Haji Mohammad b. Ismail/ Safwati bt. Ahmad)
Laman web: www.yp.org.my | Email: ypahang@yp.org.my
iklan jawatan dan borang permohonan sila klik sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...

0 comments:
Post a Comment