Thursday, October 4
Uji Bakat Pengacara Jemputan Nona 2012
Petaling Jaya, 2 Oktober 2012 – Selepas 10 tahun, Pengacara Jemputan NONA (PJN) kembali untuk musim ke-6! Mula diperkenalkan pada tahun 1990, PJN merupakan program realiti pertama yang dianjurkan oleh TV3 untuk mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan dan kewartawanan. Lima juara PJN terdahulu, Datin Seri Normala Samsudin, Joweyn Son Yee Yee, Rafidah Zahari, Tengku Khalidah Bidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed, masing-masing tampil dengan bakat luar biasa seterusnya menempa nama dalam bidang masing-masing.
Selain itu, nama-nama seperti Farrah Adeeba Ashraf, Maria Tunku Sabri, Raja Mazian Raja Mohamed, Datin Hamidah Hamzah, Nornisamsila Othman dan Intan Jusmiera turut pernah mewarnai pentas finalis PJN.
Berita baik buat semua wanita! Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib, sertai ujibakat PJN yang bakal diadakan sepanjang bulan Oktober ini. Antara syarat-syarat utama menyertai ujibakat PJN ialah warganegara Malaysia, wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil diploma, berperwatakan menarik, memiliki vokal mantap dan mampu berkomunikasi dengan baik. Peserta juga dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, sijil pendidikan dan gambar berukuran pasport atau 4R ketika menghadiri ujibakat.
Ujibakat akan diadakan di empat lokasi mengikut zon (Timur, Utara, Selatan dan Tengah). Sesi ujibakat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat sesi ujibakat seperti berikut:
TARIKH LOKASI
6 Oktober 2012 Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
13 Oktober 2012 Hotel Regency, Alor Setar, Kedah
21 Oktober 2012 Hotel M Suite, Johor Bahru, Johor
28 Oktober 2012 Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Tujuan utama kami menganjurkan semula pertandingan Pengacara Jemputan NONA atau PJN adalah untuk mencari dan menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai pengacara dan wartawan penyiaran yang berkaliber. Ini merupakan peluang baik buat kaum wanita untuk menjadikan PJN sebagai platform mereka mempamerkan kebolehan yang ada dan sekaligus mewarnai dunia penyiaran tanah air sebaris nama-nama ulung seperti Dian P Ramlee, Christine Ling, Datin Seri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Nurul Syuhada, Maya Karin dan ramai lagi.”
“Peserta yang berminat untuk menyertai ujibakat PJN dinasihatkan membuat ‘homework’ supaya lebih bersedia, contohnya, cara menemuramah responden, mampu bertutur dengan suara yang jelas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Gaya penyampaian pula tidak meniru sesiapa. Fasih dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta penguasaan dalam bahasa ketiga adalah satu bonus”, tambah Ezzah Aziz Fawzy, Penerbit Eksekutif PJN.
Sumber : http://www.tv3.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jurur...
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganeg...
-
Adakah ada menerima surat panggilan untuk menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 13 April ini. Namun jika anda masih belum...
-
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang...
-
PUTRAJAYA 8 Feb. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelaskan, faktor kelulusan, kekosongan dan enggan berpindah ke jabatan lain ada...
-
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringk...
-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan...
-
We are looking for dynamic and highly motivated individuals to contribute to the growth of our airline. If you would like to apply for a ...
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baru seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhi...
-
Semalam saya kongsi link semakan panggilan untuk hadir Exam Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik. Ramai yang kata tak dapat nak ...

0 comments:
Post a Comment