Peluang Kerjaya
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-
KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI EKSEKUTIF (BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM)
ITBM sedang mencari calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Perhubungan Awam
Tarikh Tutup: 23 Nov, 2012
Tanggungjawab Kerja
- Membantu merancang, membangunkan dan melaksanakan strategi pembangunan Bahagian Perhubungan Awam.
- Sebagai pegawai penyelaras aduan yang bertanggungjawab memantau, menganalisis dan menyediakan laporan berkaitan aduan/pertanyaan pelanggan.
- Mengkaji, menulis dan mengedarkan siaran akhbar kepada media yang berpotensi.
- Menyusun dan menganalisis liputan media serta memperoleh hasil liputan media.
- Membantu merancang konsep, menulis dan menyunting majalah in-house, teks ucapan, kajian kes dan artikel berkaitan.
- Menyediakan dan memantau penerbitan risalah publisiti, risalah sebaran (handout) e-mel, katalog, video promosi, foto dan program multimedia.
- Menyelaras sesi wawancara media dan penggambaran foto berkaitan organisasi.
- Mengatur dan menyelaras segala acara/program/aktiviti anjuran organisasi.
- Menyelenggara dan mengemas kini maklumat di laman web, laman Facebook, laman Twitter; laman YouTube dan laman Scribd organisasi.
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda
- Mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris
- Mempunyai personaliti dan keterampilan yang menarik
Surat permohonan berserta resume dan salinan sijil hendaklah dihantar ke:-
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E
Seksyen 10, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
U.P: Unit Sumber Manusia
kerjaya@itnm.com.my
** Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.
Sumber iklan : http://www.itbm.com.my/career/kekosongan_jawatan_sebagai_eksekutif_bahagian_perhubungan_awam/

0 comments:
Post a Comment