KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. Syarikat ini mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :
1 PEMBANTU TADBIR - KEWANGAN
SYARAT KELAYAKAN
- Berumur diantara 22 - 35 tahun.
- Warganegara Malaysia.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Kepujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- MempunyaiSijilSimpanKira / Perakaunandariinstitusi-institusipengajian yang diiktirafadalahsatukelebihan.
- Keutamaandiberikepadacalon yang berkebolehanmengendalikanKomputer.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.
a) Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
d) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 30hb. November 2012ke alamat berikut:-
KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.,
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi,Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470
Sumber : http://www.ktmb.com.my

0 comments:
Post a Comment